Skip to main content

Kewangan

Malaysia Airlines meterai perjanjian sementara bagi 20 pesawat Airbus A330neo

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia Airlines meterai perjanjian sementara bagi 20 pesawat Airbus A330neo

Pesawat Airbus 330-300 Malaysia Airlines tiba dengan membawa vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 21 Feb. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memeterai perjanjian sementara untuk memperoleh 20 Airbus A330neo bagi menggantikan pesawat A330, yang sudah usang dalam perjanjian yang turut melibatkan syarikat pemajakan pesawat, Avolon.

Syarikat penerbangan itu akan membeli 10 pesawat daripada Airbus dan kemudian melaksanakan perjanjian jual dan pajak balik dengan syarikat Avolon.

Sepuluh lagi pesawat akan dipajak secara langsung daripada Avolon, menurut Malaysia Airline pada Isnin (15 Ogos).

Sumber industri penerbangan minggu lalu memberitahu Reuters bahawa perjanjian itu dijangka ditandatangani pada Isnin.

Pesawat-pesawat yang mempunyai enjin Rolls-Royce itu, dijadual dihantar mulai suku ketiga 2024 hingga 2028, menurut syarikat penerbangan tersebut.

Peningkatan taraf armada yang termasuk hak pembelian lagi 20 A330neo dibuat di tengah-tengah petanda permintaan meningkat untuk jet lebih besar menyusuli kemerosotan dalam jangka panjang.

"A330neo bukan sahaja akan memberikan kemodenan kepada kumpulan pesawat kami dan meningkatkan kecekapan operasi, ia juga memenuhi sasaran alam sekitar melalui pengurangan pembakaran bahan api bagi setiap tempat duduk sambil memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang sebagai terasnya," kata Ketua Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail, dalam satu kenyataan media, yang dipetik Reuters.

Syarikat penerbangan itu juga mendedahkan ia sedang bekerjasama dengan Airbus secara meluas di Malaysia dalam bidang termasuk bahan api penerbangan mampan, latihan, penyenggaraan dan pengurusan ruang udara.

Pesawat A330neo, yang kesemuanya adalah model A330-900 yang lebih besar, akan menyediakan 300 tempat duduk dan beroperasi pada rangkaian sedia ada syarikat penerbangan Malaysia Airlines di seluruh Asia Tenggara, Australia, New Zealand dan Timur Tengah.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita