Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga perluas skop; pikat lebih ramai wanita wakili lembaga pertubuhan awam
Jawatankuasa Tindakan Kepelbagaian (DAC) dinamakan semula sebagai Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga, dan ia akan mengembangkan skopnya untuk mendapatkan lebih banyak wanita dalam lembaga di sektor awam.
SINGAPURA: Jawatankuasa Tindakan Kepelbagaian (DAC) dinamakan semula sebagai Majlis bagi Kepelbagaian Lembaga, dan ia akan mengembangkan skopnya untuk mendapatkan lebih banyak wanita dalam lembaga di sektor awam.
Demikian diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan media hari ini (16 Jan).
Presiden Halimah Yacob akan menjadi Penaung Majlis tersebut.
Majlis baru itu dianggotai 11 wanita dan sembilan lelaki dari pelbagai industri.
Para anggotanya dilantik oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee. Mereka akan berkhidmat selama dua tahun mulai bulan ini.
Sejak DAC ditubuhkan pada 2014, ia berjaya menggandakan bilangan wanita dalam 100 syarikat tertinggi tersenarai dalam SGX kepada 15 peratus.
Wanita juga membentuk 24 peratus pelantikan dalam lembaga pada 2018, iaitu yang tertinggi dalam rekod setakat ini bagi sebuah syarikat yang disenaraikan di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.