Mahu sewa rumah? Harganya diramalkan naik hingga 10% tahun ini!
Harga rumah dijangka meningkat antara 3 hingga 8% tahun ini, menurut laporan Bank of Singapore.
SINGAPURA: Harga rumah dijangka meningkat antara 3 hingga 8% tahun ini, menurut laporan Bank of Singapore.
Harga sewa rumah juga diramalkan naik tahun ini.
Sepanjang empat tahun lalu pasaran perumahan di sini mengalami masa sukar dengan banyak rumah, baik yang lebih lama mahupun yang baru, sukar untuk dijual.
Harganya pula merosot 12% kepada paras terendah dalam masa 20 tahun.
Namun menurut laporan terbaru Bank of Singapore, keadaan ini dijangka berubah. Ia meramalkan bahawa Singapura akan menarik semula lebih ramai pelabur asing ke pasaran perumahan tempatan.
Ini akan juga meliputi pasaran rumah sewa yang dijangka meningkat 5 hingga 10% tahun ini.
Sektor jualan semula juga dijangka akan menarik lebih ramai pembeli, berbanding dengan rumah-rumah baru.
Menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) terdapat lebih daripada 30,000 rumah yang tidak didiami di merata Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.