Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mahkamah Australia tolak rayuan Singtel; liabiliti cukai kini bernilai S$295 juta

Singapore Telecommunications Ltd menganggarkan
liabiliti cukai bernilai AUS$304 juta (S$295.3 juta) dalam bentuk faedah dan denda setelah sebuah mahkamah di Australia menolak rayuannya terhadap penilaian oleh pejabat taksiran cukai negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Australia tolak rayuan Singtel; liabiliti cukai kini bernilai S$295 juta

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Dec 2021 02:13PM Dikemas Kini : 20 Dec 2021 02:13PM

SINGAPURA: Singapore Telecommunications Ltd menganggarkan liabiliti cukai bernilai AUS$304 juta (S$295.3 juta) dalam bentuk faedah dan denda setelah sebuah mahkamah di Australia menolak rayuannya terhadap penilaian oleh pejabat taksiran cukai negara itu.

Kes itu berkaitan dengan pemerolehan Singtel Optus Pty Limited pada 2001.

Anak syarikat Singtel di Australia, Singapore Telecom Australia Investments (STAI) telah menerima penilaian yang dipinda daripada Pejabat Cukai Australia bagi cukai asas bernilai AUS$268 juta (S$260 juta), faedah sebanyak AUS$58 juta (S$56.3 juta) dan denda sebanyak AUS$67 juta (S$65.1 juta) pada 2016 dan 2017.

Dalam kenyataannya, Singtel turut mendedahkan bahawa pada Ahad (19 Dis) ia menerima "penghakiman yang tidak diingini" daripada Mahkamah Persekutuan Australia mengenai rayuannya terhadap penilaian itu.

Pendedahan itu, yang turut mengambil kira bayaran balik cukai pegangan, didedahkan sepenuhnya sebagai liabiliti luar jangka dalam penyata kewangan lalu Singtel yang sudah diaudit, menurut syarikat itu.

"Singtel Group akan menimbangkan butiran kes tersebut, meneliti pilihan yang ada dan menentukan langkah seterusnya.

"Jika pendedahan cukai ini dinilai berkemungkinan dikenakan hukuman, maka peruntukan akan dibuat dalam akaun itu," menurut Singtel dalam kenyataan tersebut.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa