Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

M'sia mahu suntik kesegaran kepada Beaufort sebagai destinasi pelancongan

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus berusaha mengubah Beaufort, Sabah, untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan popular.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia mahu suntik kesegaran kepada Beaufort sebagai destinasi pelancongan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 05:16PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 05:21PM

BEAUFORT: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus berusaha mengubah Beaufort, Sabah, untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan popular.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau bagaimanapun berkata kerjasama antara persekutuan dengan kerajaan negeri adalah penting untuk mencapai matlamat tersebut.

"Beaufort mempunyai potensi yang luas untuk tumbuh di dalam sektor-sektor pelancongan dan pertanian. Kalau masyarakat di Beaufort boleh bekerjasama untuk membangunkan daerah itu, ia bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi mereka malah juga negara terutama sekali Sabah dan pada akhirnya, memperbaiki mutu kehidupan masyarakat di Beaufort,"kata Dr Wan Azizah ketika melancarkan Festival Beaufort yang bertemakan 'Bersama-sama Ke Arah Kemajuan' di Bagandang Square hari ini (6 Apr).

Sementara itu, berhujah dalam konteks Festival Beaufort, Dr Wan Azizah menekankan matlamat utama kerajaan adalah untuk menyediakan peluang terutamanya kepada para petani, peniaga-peniaga kecil, dan para pengeluar tempatan untuk memasarkan atau memperkenalkan produk-produk mereka.

Dr Wan Azizah juga yakin bahawa festival itu mampu membantu masyarakat peniaga dalam daerah tersebut untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Menurut Dr Wan Azizah, festival Beaufort unik kerana ia tidak sahaja menawarkan produk-produk pertanian setempat tetapi juga memberi tumpuan kepada menguar-uarkan tradisi serta budaya Bagandang.

"Saya berharap festival ini dapat menjadi wadah bagi penduduk di daerah ini untuk bersatu dan memperkukuh ikatan, perpaduan serta pemahaman mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat berbilang budaya dan berbilang agama," tambah beliau.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan