Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

LTA beri syarikat China lesen 1 tahun kendalikan 1,000 basikal sewa di S'pura

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menganugerahkan lesen selama setahun kepada gergasi perkongsian basikal China, Hello Inc., lantas memberikannya lampu hijau untuk menyediakan sehingga 1,000 basikal kongsi di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA beri syarikat China lesen 1 tahun kendalikan 1,000 basikal sewa di S'pura

Armada basikal daripada pelbagai skim basikal kongsi di China. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Jul 2022 01:50PM Dikemas Kini : 01 Jul 2022 02:37PM
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menganugerahkan lesen selama setahun kepada gergasi perkongsian basikal China, Hello Inc., lantas memberikannya lampu hijau untuk menyediakan sehingga 1,000 basikal sewa di Singapura.

Operasi syarikat berkenaan di Singapura, HelloRide, dianugerahi sebuah lesen "sandbox" dan perlu memohon bagi sebuah lesen lengkap setahun kemudian untuk mengendalikan armada basikal kongsi yang lebih besar, menurut kenyataan LTA pada Jumaat (1 Jul).

“Apabila menilai permohonan, LTA akan mempertimbangkan faktor-faktor seperti rekod prestasi pemohon dan keupayaan untuk menguruskan masalah meletak basikal secara sembarangan serta memastikan basikal sewa dimanfaatkan secara sihat," jelas penguasa itu.

Kemasukan Hello ke dalam pasaran Singapura menjadikan syarikat yang berpangkalan di Shanghai itu pengendali basikal kongsi ketiga di Singapura menyusuli Anywheel dan SG Bike. Ini juga akan membawa jumlah basikal sewa yang ditawarkan di Singapura kepada 36,000.

Langkah tersebut dibuat selepas industri basikal sewa menyaksikan kemerosotan ketara dari puncaknya pada 2018. Ketika itu, terdapat enam syarikat — Anywheel, GBikes, Mobike, oBike, Ofo, Share Bike SG dan SG Bike — yang menawarkan lebih 200,0000 basikal.

Syarikat pemula tersebut, sebelum ini dikenali sebagai HelloBike, disokong oleh sekutu teknologi kewangan Alibaba, Ant Group.

Sejak basikal sewa diperkenalkan di Singapura pada 2017, Pemerintah perlu membuat langkah kawal selia bagi mengawal industri yang sedang berkembang pesat ketika itu meskipun di tengah-tengah aduan tentang basikal yang diletakkan secara sembarangan dan merata-rata.

Pada Mac 2017, Pemerintah mula memperuntukkan zon petak kuning di tempat awam di mana basikal sewa mesti diletakkan.

Pada tahun berikutnya, Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Tempat Meletak Kenderaan bagi menangani masalah meletakkan basikal sewa secara sembarangan.

Antara langkah baru itu termasuk rejim pelesenan bagi pengendali basikal sewa dan teknologi geobatas yang memerlukan pengguna mengimbas kod QR di tempat letak basikal sewa yang diperuntukkan sebagai bukti ia sudahpun diletakkan dengan betul sebelum menamatkan perjalanan mereka.

LTA menyatakan pada Jumaat bahawa sejak sistem meletak basikal sewa menggunakan QR diperkenalkan dan pengguna yang berulang kali meletakkan basikal sewa sembarangan dilarang, lebih 90 peratus pengguna kini menamatkan perjalanan mereka di tempat-tempat yang diperuntukkan.
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan