Skip to main content

Kewangan

Love, Bonito potong 6.9% tenaga kerja global; 14 pekerjaan di SG terjejas

Jenama fesyen setempat Love, Bonito telah mengurangkan sekitar 6.9 peratus tenaga kerjayanya, atau 29 peranan korporat di seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Love, Bonito potong 6.9% tenaga kerja global; 14 pekerjaan di SG terjejas

(Gambar: Love, Bonito)

Diterbitkan : 17 Oct 2024 05:32PM Dikemas Kini : 17 Oct 2024 07:08PM
SINGAPURA: Jenama fesyen setempat Love, Bonito telah mengurangkan sekitar 6.9 peratus tenaga kerjayanya, atau 29 peranan korporat di seluruh dunia.

14 pekerjaan di Singapura juga terjejas, demikian menurut syarikat itu pada Khamis (17 Okt) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Pekerja yang terjejas akan diberikan pakej sokongan "selaras dengan undang-undang tempatan", kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Love, Bonito Dione Song kepada Mediacorp.

"Ini termasuk bayaran pampasan berdasarkan tempoh mereka berkhidmat, termasuk bayaran tunai bagi baki cuti tahunan tidak diambil dan tempoh notis pemberhentian kerja."

Insurans perubatan kakitangan juga akan dilanjutkan.

Love, Bonito akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menyediakan sokongan peralihan kerjaya serta surat rekomendasi untuk pekerja.

Jenama fesyen tempatan itu menyatakan "tumpuannya kini adalah untuk membantu mereka yang terjejas dan pekerja yang lain dalam melalui fasa peralihan ini".

Love, Bonito mempunyai 26 cawangan di beberapa lokasi di Asia iaitu di Singapura, Malaysia, Indonesia, Kemboja, Hong Kong dan Filipina.

Love, Bonito yang bermula sebagai sebuah kedai pakaian di laman blog, menerima suntikan dana sebanyak AS$50 juta (S$65.7 juta) pada 2021 ketika ia mengintai peluang untuk menembusi pasaran lain seperti di Amerika Syarikat.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita