Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lion Air: Bilangan penumpang Nov surut kurang 5% selepas nahas

Lion Air menyatakan pada Isnin (10 Dis) jumlah penumpang merosot sebanyak kurang lima peratus pada November berbanding tahun lalu, menyusuli kejadian nahas satu pesawat Boeing Co 737 MAX terhempas pada lewat Oktober yang meragut kesemua 189 yang dibawanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lion Air: Bilangan penumpang Nov surut kurang 5% selepas nahas

Gambar fail menunjukkan pesawat Lion Air di lapangan terbang (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 04:08PM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 04:11PM

JAKARTA: Lion Air menyatakan pada Isnin (10 Dis) jumlah penumpang merosot sebanyak kurang lima peratus pada November berbanding tahun lalu, menyusuli kejadian nahas satu pesawat Boeing Co 737 MAX terhempas pada lewat Oktober yang meragut kesemua 189 yang dibawanya.

"Terdapat kemerosotan tapi tidak terlalu ketara," CEO syarikat penerbangan itu Edward Sirait memberitahu saluran penyiaran CNN Indonesia. "(Kemerosotan) di bawah lima peratus berbanding bilangan penumpang pada bulan sama tahun lalu.

Beliau berkata Lion Air "tidak begitu pasti" sama ada nahas bulan lalu mengakibatkan bilangan penumpang menurun pada November, yang menurutnya memang musim kurang melancong.

Syarikat penerbangan terbesar Indonesia itu dimiliki secara privet dan tidak menerbitkan perangkaan penumpang mahupun kedudukan kewangan.

Encik Sirait pada minggu lalu berkata Lion Air sedang mempertimbangkan untuk membatalkan tempahan bagi pesawat 737 MAX namun belum sampai kata putus.

TEMPAHAN 190 JET BOEING 'TERGANTUNG'

Sumber-sumber memberitahu Reuters bahawa hubungan antara syarikat itu dan Boeing semakin keruh akibat perselisihan berkenaan siapa yang patut bertanggungjawab ke atas nahas itu.

Syarikat penerbangan itu mempunyai 190 jet Boeing bernilai AS$22 bilion (S$30.2) pada harga tersenarai untuk dihantar, selain 197 lagi yang sudah diterima. Ini menjadikan Lion Air salah satu pelanggan terbesar syarikat Amerika Syarikat itu.

Para ahli pembankan dan penganalisis mengatakan Lion Air dan para pesaingnya di Asia Tenggara mengembang terlalu pantas dan sebenarnya akan lebih selesa dengan bilangan pesanan pesawat yang lebih kecil.

Boeing enggan mengulas tentang hal-hal berkaitan kontrak namun sumber-sumber dari industri mengatakan syarikat aeroangkasa jarang sekali membenarkan pembatalan sehala kecuali dalam keadaan yang amat berbeza.

Punca nahas pesawat terhempas ke Laut Jawa pada 29 Oktober belum lagi dikenal pasti.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan