Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lebih S$55 juta diperuntuk bantu firma pertanian, akuakultur berinovasi

Lebih S$55 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini, umum Enterprise Singapore (ESG) pada Jumaat (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih S$55 juta diperuntuk bantu firma pertanian, akuakultur berinovasi

(Gambar: Mediacorp/Grace Yeoh)

Diterbitkan : 26 Jun 2020 09:14PM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 01:27AM

SINGAPURA: Terletak di tengah-tengah estet Henderson, sebuah syarikat pemula tempatan yang menanam strawberi di persekitaran tertutup dijangka akan menghasilkan tuaian pertamanya pada September untuk penjualan.

Teknologi Singrow membolehkan strawberi tumbuh pada suhu sekitar 28 hingga 30 darjah Celsius - iklim lebih hangat daripada biasa untuk strawberi - dan syarikat itu menyasarkan lapan hingga sembilan tuaian setahun. Ini berbanding kira-kira empat tuaian setahun di ladang-ladang di Jepun yang menanam strawberi biasa.

Syarikat itu adalah antara syarikat agro-makanan di sini yang akan menerima dana untuk membantunya membina keupayaan baru dan berinovasi.

Lebih S$55 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini, umum Enterprise Singapore (ESG) pada Jumaat (26 Jun).

ESG juga menggalakkan industri tersebut untuk menggunakan teknologi pertanian dan akuakultur canggih.

Singrow, misalnya, menggabungkan kaedah penanaman hak milik dengan teknologi inovatif untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman bernilai tinggi, dan pada masa sama memendekkan tempoh penanamannya.

Teknologi ini juga terpakai pada tanaman lain yang mempunyai permintaan lebih tinggi sekarang, termasuk sayur-sayuran berdaun, menurut syarikat itu.

LEBIH SOKONGAN UNTUK SYARIKAT PEMULA

Sejak permulaan tahun ini, syarikat-syarikat pemula teknologi agro-makanan Singapura telah memanfaatkan lebih $40 juta dalam bentuk pelaburan dari sektor awam dan swasta, kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Koh Poh Koon pada Jumaat semasa lawatannya ke Singrow.

Terdapat pelbagai daya usaha untuk menyokong pertumbuhan ekosistem syarikat pemula teknologi agro-makanan, kata ESG.

Januari lalu, cabang pelaburan ESG, SEEDS Capital melantik tujuh rakan pelaburan bersama untuk melabur lebih S$90 juta dalam syarikat pemula teknologi agro-makanan di peringkat awal.

SEKTOR PENTING DI TENGAH-TENGAH PENULARAN COVID-19

Pandemik COVID-19 menunjukkan pentingnya jaminan makanan di tengah-tengah gangguan yang yang menjejas rantaian bekalan makanan global secara meluas, kata timbalan ketua pegawai eksekutif ESG Ted Tan.

"Ada keperluan segera bagi perusahaan pertanian dan akuakultur kami untuk memanfaatkan teknologi agro-makanan bagi mengatasi permintaan yang meningkat di dalam dan luar negeri," tambahnya.

"Situasi COVID-19 sekarang menekankan peri pentingnya menyokong syarikat pemula teknologi agro-makanan dan penggunaan inovasi gangguan untuk pengeluaran makanan mampan di Asia, di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan makanan global."

Dengan daya usaha berterusan untuk mengembangkan industri agro-makanan, lebih banyak pekerjaan akan diwujudkan.

"Syarikat pemula seperti Singrow menyediakan potensi pertumbuhan yang membolehkan pekerja pelatih muda yang berminat dalam bidang baru, memanfaatkan latar belakang sains dan teknologi untuk menyertai bidang menarik menghasilkan makanan. Pada masa yang sama, ia juga memberi peluang untuk peralihan di pertengahan kerjaya," kata Dr Koh.

"Selain COVID-19, dunia menyedari bahawa bekalan pengeluaran makanan secara keseluruhan akan berkurangan berbanding keperluan pengguna. Kami melihat sektor ini sebagai sektor pertumbuhan, dan pasca COVID-19, mereka yang meninjau sektor baru untuk diceburi (harus) terus berfikiran fleksibel dan bersedia untuk mencuba perkara baru." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan