Skip to main content

Kewangan

Lebih banyak firma pengilangan khuatir tentang tempahan eksport bagi suku kedua

Lebih banyak firma pengilangan bimbang tentang tempahan eksport dalam suku kedua tahun ini dek ketidaktentuan seperti tarif dan ketegangan geopolitik semasa.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2025 07:23PM Dikemas Kini : 01 May 2025 08:33PM
SINGAPURA: Lebih banyak firma pengilangan bimbang tentang tempahan eksport dalam suku kedua tahun ini dek ketidaktentuan seperti tarif dan ketegangan geopolitik semasa.

Demikian antara dapatan daripada satu tinjauan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

22 peratus syarikat dalam kelompok kimia menjangkakan masa-masa sukar.

Ini kerana ketidaktentuan perdagangan yang meningkat boleh membawa kesan yang tidak diingini ke atas permintaan eksport bagi produk-produk yang ditawarkan.

Ketegangan perdagangan turut memberi tamparan kepada sektor bioperubatan.

Pengambilan pekerja dan tempahan eksport juga dijangka merosot bagi segmen teknologi perubatan.

Dalam pada itu, sebuah persekutuan pengilangan melahirkan harapan agar lebih banyak maklumat diberikan mengenai bantuan untuk membolehkan firma-firma merancang perniagaannya.

Ketidaktentuan yang dihadapi juga menghambat usaha para pengilang dengan meluas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Pengilangan, Dennis Mark.

"Walaupun ada rundingan mengenai pengecualian tarif bagi sebahagian produk farmaseutikal dan bioteknologi, masalahnya adalah keadaan yang tidak menentu, dan ia sebenarnya menjejas keupayaan firma-firma untuk merancang, melabur dan membina keupayaannya," katanya.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita