Lebih 1,000 juruterbang Jet Airways tidak bertugas mulai Isnin kerana tidak dibayar gaji
Lebih seribu juruterbang syarikat penerbangan Jet Airways India yang dibelenggu hutang tidak akan bertugas mulai Isnin (15 Apr) kerana belum dibayar gaji sejak tiga bulan lalu.

Gambar fail pesawat. (Gambar fail: Francis Mascarenhas/AFP)
NEW DELHI: Lebih seribu juruterbang syarikat penerbangan Jet Airways India yang dibelenggu hutang tidak akan bertugas mulai Isnin (15 Apr) kerana belum dibayar gaji sejak tiga bulan lalu. Demikian menurut Presiden National Aviators Guild pada Ahad (14 Apr).
Syarikat penerbangan yang dibebani dengan hutang bank lebih AS$1.2 bilion (S$1.62 bilion) di ambang muflis sejak beberapa minggu lalu dan belum lagi menerima pinjaman sekitar AS$217 juta (S$293 juta) daripada peminjamnya sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelamatan yang dipersetujui pada lewat Mac.
"Para juruterbang tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lalu," kata Kapten Karan Chopra kepada Reuters.
"Krisis yang dialami Jet semakin meruncing sejak beberapa minggu ini kerana pemberi pajak sudah mula memohon untuk mengeluarkan pesawat-pesawat tersebut daripada daftar. Ini memberi isyarat bahawa langkah menyelamatkan syarikat itu gagal untuk meredakan kebimbangan mereka.
Satu mesyuarat penting untuk membincangkan keadaan Jet diadakan di pejabat perdana menteri pada Jumaat yang turut dihadiri oleh setiausaha penerbangan negara, Encik Pradeep Singh Kharola.
Setelah mesyuarat itu, Encik Kharola berkata bahawa syarikat penerbangan itu mempunyai wang untuk mengendalikan enam hingga tujuh pesawat pada hujung minggu dan setelah para peminjam sudah membuat keputusan berkenaan jumlah pesawat yang boleh dikendalikannya setelah Isnin petang, menurut saluran berita ET Now pada lewat Jumaat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.