Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lazada tawar penghantaran percuma barangan runcit, keperluan sepanjang sekatan pergerakan penuh di M'sia

Platform e-dagang Lazada Malaysia menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 24 hingga 48 jam serta baucar penghantaran percuma harian untuk barangan keperluan berikutan jangkaan kenaikan permintaan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown'.

Anggaran Waktu Membaca:
Lazada tawar penghantaran percuma barangan runcit, keperluan sepanjang sekatan pergerakan penuh di M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 May 2021 12:16PM Dikemas Kini : 30 May 2021 12:19PM

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang Lazada Malaysia (Lazada) menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 24 hingga 48 jam serta baucar penghantaran percuma harian untuk barangan keperluan berikutan jangkaan kenaikan permintaan terhadap barangan runcit dalam talian sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown'.

Ketua Pegawai Logistik Olivier Petra dalam kenyataan pada Sabtu (29 Mei) berkata dalam tempoh genting ini, Lazada memenuhi keperluan penghantaran barangan keperluan seperti hasil segar, pelitup muka, cecair pembasmi kuman untuk tangan, barangan rumah, bekalan bayi dan haiwan peliharaan. 

“Rakyat Malaysia yang berada di rumah akan merasa tenang kerana mengetahui kami akan memastikan barang keperluan mereka dihantar dengan cepat dan tepat pada masanya.

“Kami menggesa masyarakat tempatan untuk menggunakan baucar penghantaran harian percuma yang ditawarkan untuk membeli-belah dengan selamat dari rumah dan membantu membendung penularan COVID-19.  Kami juga mengendalikan penghantaran tanpa sentuhan demi keselamatan dan ketenangan fikiran semua pelanggan dan kakitangan kami,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Sherry Tan berkata pembelian barangan runcit di Lazada meningkat tiga kali ganda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dan jumlah kedai runcit tempatan yang melakukan urus niaga digital melalui Lazada hampir dua kali ganda sejak tahun lalu. 

“Kami bersedia untuk menghubungkan beribu-ribu kedai runcit tempatan dengan lebih satu pertiga penduduk tempatan membeli-belah di aplikasi Lazada setiap bulan,” katanya lagi.

Sumber : Bernama/FZ/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan