Lazada secara rasmi lancar Lazmall
Platform e-dagang, Lazada, secara rasminya melancarkan kedai dalam talian ‘LazMall’, yang mengetengahkan pilihan jenama utama Malaysia dan antarabangsa, pilihan terkemuka dalam talian serta jenama pengedar yang disahkan. Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Christophe
(Gambar: Reuters)
KUALA LUMPUR: Platform e-dagang, Lazada, secara rasminya melancarkan kedai dalam talian ‘LazMall’, yang mengetengahkan pilihan jenama utama Malaysia dan antarabangsa, pilihan terkemuka dalam talian serta jenama pengedar yang disahkan.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Christophe Lejeune, berkata kedai dalam talian itu merupakan destinasi sehenti jenama terkemuka, dengan pembelian diserahkan terus kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam atau kurang, dan adalah tulen 100 peratus, termasuk dasar penghantaran balik secara mudah dalam tempoh 15 hari.
“Pelancaran LazMall sangat penting, memandangkan lebih banyak jenama memilih platform rakan e-dagang untuk meneruskan capaian dan memperkukuh hubungan dengan pelanggan yang kini lebih banyak menggunakan peranti mudah alih, tidak bimbang menggunakan kaedah tanpa tunai, dan menjadikan pembelian dalam talian sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka,” kata beliau.
Pelanggan kini boleh menikmati tawaran daripada lebih 500 jenama, termasuk Apple, L’Oréal, Xiaomi, Unilever, Phillips, PG, Danone, Samsung dan Estee Lauder.
Sementara itu, Lazada juga memperkenalkan program membeli-belah baru yang dikenali sebagai ‘9.9’ di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, sebagai persiapan bonaza membeli-belah hujung tahun.
Bertema ‘All You Ever Wanted’”, para pembeli ditawarkan diskaun dan tawaran hebat sepanjang kempen itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.