Skip to main content

Kewangan

Langkawi mahu pasarkan beras pulut sebagai produk khas selain gamat

Langkawi bakal menjadi pengeluar beras pulut dengan projek penanaman pulut bermula September ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Mohd Sallehhuddin Hassan.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkawi mahu pasarkan beras pulut sebagai produk khas selain gamat

(Gambar fail: Mohd RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 10:24PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 10:26PM

LANGKAWI: Langkawi bakal menjadi pengeluar beras pulut dengan projek penanaman pulut bermula September ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Mohd Sallehhuddin Hassan.

Langkah tersebut akan mengurangkan kebergantungan negara itu kepada beras pulut import.

"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjadikan beras pulut sebagai produk 'signature' Langkawi dan akan didaftarkan sebagai ‘Geographical Indication’ di Langkawi.

“Bila sebut Langkawi, selalunya yang dibayangkan adalah produk gamat. Jadi pada masa akan datang, kita mahu beras pulut juga menjadi produk ‘signature’ Langkawi,” katanya dalam ucapan perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019 Peringkat Negeri Kedah di Langkawi pada Ahad (21 Apr).

Encik Mohd Sallehhuddin turut berkata daerah itu juga dilihat mempunyai berpotensi besar untuk menjayakan projek itu memandangkan ia memiliki kawasan sawah yang luas sekitar 1092.65 hektar (2,700 ekar). Mentelah lagi, ia disokong dengan teknologi pembangunan benih dan pengairan yang akan dijalankan oleh Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (Mardi).

“Kementerian telah meninjau kawasan yang sesuai untuk menanam padi pulut. Terdapat pelbagai padi pulut yang boleh ditanam di Langkawi seperti Pulut Siding, Pulut Hitam 9 dan Pulut Sri Malaysia 1,” katanya.

Encik Mohd Sallehhuddin menambah usaha itu juga dijangka bakal meningkatkan tahap ekonomi penduduk tempatan sekaligus menarik kedatangan pelancong ke pulau tersebut.

“Kita juga melihat bagaimana negara pengeluar utama beras pulut seperti Thailand dan Vietnam menjadikan produk mereka berkualiti. Menerusi teknologi dan penyelidikan Mardi ini, kita yakin kualiti beras pulut tempatan juga tidak kurang hebat dan diterima baik,” katanya lanjut. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita