Ladang ikan SG gesa penduduk sokong ternakan tempatan di tengah kos meningkat, permintaan berkurangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa ladang ikan tempatan telah beralih kepada teknologi untuk menangani kos yang lebih tinggi dan kurangnya permintaan sedang ladang-ladang itu meminta lebih banyak sokongan daripada pelanggan di sini.
Kos pengangkutan, logistik, elektrik, dan tenaga kerja telah meningkat, menyebabkan kos keseluruhan turut naik sekitar 25 peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Fish Farmer, Malcolm Ong.
Namun, syarikat itu berjaya mengekalkan harga stabil untuk pelanggan dengan meningkatkan daya penghasilan melalui penggunaan teknologi dan menaik taraf kemahiran pekerja, kata beliau.
“Kami tidak menjual ikan yang sangat premium. Kami menjual ikan untuk masyarakat di kejiranan, untuk orang ramai, jadi harga sangat penting, kami perlu mengekalkan harga kami agar ia berdaya saing,” tambahnya.
CEO Singapore Aquaculture Technologies, Dirk Eichelberger, berkata tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi industri tersebut.
“Tidak banyak perubahan yang disaksikan untuk pertanian tempatan, jualan tempatan dan hasil tempatan. Ini adalah tahun yang sukar bagi kami semua,” katanya.
“Restoran cuba membeli ikan yang lebih murah dari Malaysia dan Indonesia, dan bukannya produk tempatan, tetapi mereka juga membeli dalam jumlah lebih rendah kerana perniagaan mereka tidak begitu baik, dan ini menjejas kami semua,” tambahnya.
Import dari negara jiran biasanya lebih murah, sekitar 30 peratus berbanding bekalan petani tempatan, yang menurut pakar disebabkan oleh ruang tanah, ekonomi skala, dan rangkaian bekalan yang telah lama wujud.
Encik Eichelberger telah beralih kepada analisis data dan teknologi untuk meningkatkan kualiti air yang digunakan untuk ikan dan mengoptimumkan pemakanan mereka.
Beliau juga telah menaik taraf kemudahan dengan jenis bateri yang lebih mampan dan perisian untuk menternak ikan dengan lebih cekap dan kurang menjejas alam sekitar.
SOKONGAN DARIPADA PELANGGAN TEMPATAN
Kedua-dua perniagaan tersebut merupakan sebahagian daripada industri akuakultur kecil di Singapura yang pada tahun 2023 terdiri daripada 98 ladang ikan berasaskan laut dan 33 ladang ikan berasaskan darat. Mereka menyumbang sekitar 7 peratus daripada makanan laut tempatan.
Walaupun pihak berkuasa melancarkan Pelan Akuakultur Singapura bulan lalu untuk membantu peladang ikan tempatan, mereka yang ditemui Mediacorp berkata sokongan daripada pelanggan adalah kunci penakatan mereka.
Mereka meminta lebih banyak sokongan daripada rakyat Singapura, tetapi mengakui bahawa pelanggan biasanya memilih pilihan yang lebih murah.
“Kami tidak boleh menyalahkan pelanggan, tetapi sebaliknya, ia bergantung kepada pelanggan untuk menyokong produk tempatan dan mungkin membayar harga tinggi sedikit yang diperlukan untuk menjadikannya berdaya saing secara komersil untuk kami,” kata Encik Eichelberger.
“Pelanggan harus bebas buat keputusan, mempercayai bahawa (kami) mempunyai produk yang berkualiti, produk yang segar, produk yang boleh dikesan.”
Encik Ong menambah: “Produk tempatan lebih segar, tidak perlu lakukan perjalanan yang jauh, dan juga disebabkan pemerintah Singapura - ia sangat tegas - jadi anda diberi jaminan mengenai keselamatan makanan, kerana ladang tempatan mesti mematuhi semua peraturan ketat ini,” katanya.
'The Fish Farmer' adalah antara kira-kira 130 ladang ikan di Singapura. Pemain industri menekankan bahawa membeli daripada peladang tempatan membantu meningkatkan jaminan bekalan makanan negara.
“Singapura bukan negara pertanian seperti banyak negara lain, tetapi kita perlu mula berfikir tentang itu (bekalan makanan),” kata Dr Kevin Cheong, pensyarah adjung di Sekolah Perniagaan Lee Kong Chian Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Beliau menambah isu ini dibangkitkan semasa pandemik COVID-19 apabila bekalan makanan menjadi kebimbangan utama memandangkan Singapura mengimport lebih daripada 90 peratus makanannya.
“Ia bukan sekadar membeli produk tempatan, tetapi memahami mengapa kita melakukannya. (Kita) perlu mula dari awal lagi,” tambahnya.
MAHUKAN LEBIH BANYAK RUANG
Satu lagi cara untuk terus membangunkan sektor ternakan ikan adalah dengan menarik pekerja muda, kata Dr Cheong.
Encik Ong dari The Fish Farmer berkata dia telah melihat lebih ramai golongan muda berminat dalam bidang pertanian. Syarikatnya telah menerima beberapa permintaan daripada belia untuk mengikuti program latihan industri dan pekerjaan, katanya.
Salah satu sebabnya adalah mereka berminat untuk mengetahui asal-usul makanan dan sama ada ia diternak secara bertanggungjawab, katanya, sambil menambah ini adalah perkembangan positif untuk industri.
Beliau juga berharap agar diberikan lebih banyak tanah untuk menternak ikan kecil di tempat pembenihan sendiri supaya dapat lebih berdikari.
“Sekarang ini, kami membawa masuk ikan dari luar, jadi ia memberi tekanan kepada ikan-ikan kecil,” katanya.
Rancangan pemerintah juga melibatkan peningkatan bekalan telur dan benih ikan yang lebih berkualiti.
“Saya percaya sepenuhnya bahawa kami boleh menghasilkan ikan secara kompetitif, segar, selamat, dan baik untuk pasaran, tetapi kami memerlukan ruang laut tambahan supaya kami dapat menghasilkan lebih banyak ikan untuk pasaran tempatan,” kata Encik Ong.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.