Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba UOB naik 18% pada suku pertama

United Overseas Bank (UOB) pada Khamis (6 Mei) melaporkan pertumbuhan 18 peratus pada laba bersihnya bagi suku pertama. Ia dipacu oleh pertumbuhan yuran pendapatan yang kukuh, penurunan pada bayaran kerosakan dan permintaan kredit yang jitu.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba UOB naik 18% pada suku pertama

Gambar fail UOB. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 06 May 2021 09:19AM Dikemas Kini : 06 May 2021 09:20AM

SINGAPURA: United Overseas Bank (UOB) pada Khamis (6 Mei) melaporkan pertumbuhan 18 peratus pada laba bersihnya bagi suku pertama. Ia dipacu oleh pertumbuhan yuran pendapatan yang kukuh, penurunan pada bayaran kerosakan dan permintaan kredit yang jitu.

"Kami menjangkakan momentum ini akan berterusan sedang kegiatan ekonomi serta perniagaan meningkat dan sentimen pasaran bertambah baik di seluruh rantau ini, bermula dengan Singapura dan China," kata Ketua Pegawai Eksekutif Wee Ee Cheong dalam kenyataannya.

Perangkaan itu dikeluarkan setelah pesaingnya, DBS Group, melaporkan keuntungan yang menjangkaui ramalan pakar, didorong oleh hasil pertumbuhan pinjaman yang kukuh dan peningkatan pada mutu aset di samping mencatatkan peningkatan luar dugaan bagi perniagaan pengurusan hartanya. OCBC pula akan melaporkan kelakonannya pada Jumaat.

UOB mencatatkan laba bersih bernilai S$1 bilion bagi suku yang berakhir pada 31 Mac sekali gus mengatasi purata S$891.4 juta yang dianggarkan oleh dua penganalisis yang unjurannya dikumpulkan oleh Refinitiv.

Keuntungan itu juga lebih tinggi berbanding S$855 juta yang dicatatkan setahun lalu. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan