Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba tahunan Singtel lonjak dipacu pertumbuhan khidmat internet, 5G

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Telecommunications (Singtel) pada Khamis (25 Mei) melaporkan lonjakan 14 peratus bagi laba bersih seluruh tahun, sedang perniagaan utamanya meraih manfaat hasil pemulihan dalam perjalanan dan perayauan antarabangsa serta 5G.

Singtel juga mencatat pertumbuhan mantap bagi khidmat internet dan kenaikan harga, didorong permintaan yang meningkat bagi teknologi maklumat dan khidmat perhubungan.

Syarikat telekom terbesar di Asia Tenggara itu menyatakan laba bersih bagi tahun yang berakhir pada bulan Mac adalah S$2.23 bilion, berbandingS$1.95 bilion setahun lalu.

Para penganalisis juga menjangkakan S$2.26 bilion, menurut Refinitiv.

Sumbangan laba sebelum cukai dari syarikat bersekutu Singtel di rantau ini tumbuh 10 peratus meskipun wujud hambatan mata wang, dengan Bharti Airtel yang separa dimilikinya - telekom nombor dua yang dilanggan di India, melaporkan pendapatan kukuh bagi purata hasil khidmat internet bagi setiap pengguna (ARPU).

Optus, iaitu unitnya di Australia, yang melaporkan kebocoran data sehingga 10 juta pelanggan Oktober lalu, menyaksikan hasil operasi naik 2.8 peratus dengan pertumbuhan bagi perniagaan khidmat internet dan perniagaan tetapnya.

Singtel menyatakan pihaknya menjangkakan pembiayaan modal utama kumpulan itu sekitar S$2.1 bilion bagi fiskal 2024, sambil menambah pihaknya akan melabur sekitar S$0.5 bilion ke dalam pusat data dan satelit pada tahun kewangan seterusnya.

Ia mengusulkan untuk membayar dividen akhir sebanyak 5.3 sen Singapura bagi setiap saham.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan