Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba suku pertama DBS cecah S$2 bilion; catat pertumbuhan kukuh

 DBS Group menjangkaui ramalan pasaran setelah mencatatkan peningkatan 72 peratus pada keuntungan bersih suku tahunannya, dengan bank itu meraih manfaat daripada pertumbuhan pinjaman yang kukuh, mutu aset yang lebih baik dan perniagaan pengurusan harta yang lebih meluas.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba suku pertama DBS cecah S$2 bilion; catat pertumbuhan kukuh

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 03:09PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 03:13PM

SINGAPURA: DBS Group menjangkaui ramalan pasaran setelah mencatatkan peningkatan 72 peratus pada keuntungan bersih suku tahunannya, dengan bank itu meraih manfaat daripada pertumbuhan pinjaman yang kukuh, mutu aset yang lebih baik dan perniagaan pengurusan harta yang lebih meluas.

DBS, bank terbesar di Asia Tenggara, mencatatkan prospek yang optimis di tengah-tengah ekonomi global yang sedang bangkit semula.

Sungguhpun demikian, aset-asetnya yang baru gagal mencatat peningkatan pada paras sebelum berlaku pandemik.

DBS melaporkan keuntungan bersih S$2 bilion bagi tempoh antara Januari hingga Mac, berbanding ramalan tiga penganalisis yang menjangkakan S$1.43 bilion dan S$1.16 bilion yang diraih pada tempoh yang sama setahun lalu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan