Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba suku ketiga UOB naik 17% kepada S$1.04 bilion

United Overseas Bank Ltd (UOB) menyatakan pada Jumaat (26 Okt) bahawa keuntungannya bagi suku ketiga melonjak 17 peratus, didorong oleh pertumbuhan pada pinjaman dan elaun-elaun yang lebih rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba suku ketiga UOB naik 17% kepada S$1.04 bilion

Bangunan UOB. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 26 Oct 2018 12:40PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 12:43PM

SINGAPURA: United Overseas Bank Ltd (UOB) menyatakan pada Jumaat (26 Okt) bahawa keuntungannya bagi suku ketiga melonjak 17 peratus, didorong oleh pertumbuhan pada pinjaman dan elaun-elaun yang lebih rendah.

Keuntungan bagi suku yang berakhir pada 30 September mencecah S$1.04 bilion berbanding S$883 juta pada tahun lalu.

"Di tengah-tengah ketegangan perdagangan dan sentimen perniagaan yang lebih berhati-hati, kami berupaya mencatat prestasi yang stabil pada suku ketiga," kata Ketua Eksekutif UOB Wee Ee Cheong dalam kenyataannya.

Pendapatan faedah bersih UOB adalah 14 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu S$1.6 bilion, manakala margin faedah bersih - iaitu kayu ukur bagi keuntungan - meningkat 2 mata.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan