Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba suku kedua DBS lepasi anggaran sedang perniagaan kembali rancak

DBS Group melaporkan kemerosotan 22% bagi keuntungan bersih suku kedua pada Khamis (6 Ogos). Ini setelah ia menaikkan elaun kerugian pinjaman di pasaran yang dilanda pandemik COVID-19, namun labanya berada di atas anggaran pasaran dan meningkat daripada suku sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba suku kedua DBS lepasi anggaran sedang perniagaan kembali rancak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Aug 2020 11:45AM Dikemas Kini : 06 Aug 2020 11:46AM

SINGAPURA: DBS Group melaporkan kemerosotan 22% bagi keuntungan bersih suku kedua pada Khamis (6 Ogos). Ini setelah ia menaikkan elaun kerugian pinjaman di pasaran yang dilanda pandemik COVID-19, namun labanya berada di atas anggaran pasaran dan meningkat daripada suku sebelumnya.

Piyush Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif bank terbesar Asia Tenggara, berkata dalam satu kenyataan bahawa trend operasi adalah sejajar dengan garis panduan bank itu dan beberapa aliran pendapatan yuran meningkat daripada kejatuhan pada bulan April ketika ekonomi bangkit daripada sekatan pergerakan.

Pesaing lebih kecil, United Overseas Bank, bagaimanapun gagal menepati anggaran para penganalisis dengan kemelesetan sebanyak 40 peratus dalam laba suku tahunan akibat margin lebih rendah dan kos kredit lebih tinggi.

Para pelabur berminat untuk menyaksikan sama ada suku bulan Jun menandakan tahap rendah bagi margin faedah bersih bank iaitu satu kayu ukur keuntungan yang utama. Ini selain sama ada pemberi pinjaman dapat menangani kerugian pinjaman dengan berkesan dalam ekonomi yang dilanda kemelesetan.

DBS menyatakan laba bagi suku Jun jatuh kepada S$1.25 bilion daripada S$1.6 bilion pada tahun lalu, berbanding anggaran purata sebanyak S$1.19 bilion daripada lima penganalisis, menurut data Refinitiv.

Keuntungan itu mengatasi jumlah suku pertama sebanyak S$1.16 bilion. Elaun kerugian pinjaman juga merosot berbanding suku yang lalu.

Margin faedah bersih DBS merosot kepada 1.62 peratus pada suku kedua daripada 1.91 peratus pada tahun sebelumnya.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan