Laba Q1 DBS melonjak 43% ke paras tertinggi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Bank terbesar Singapura DBS Group mencatat lonjakan sebanyak 43 peratus, yang juga kenaikan lebih kukuh daripada yang dijangkakan, bagi laba suku pertama tahun ini.
Lonjakan itu sekali gus mendorong bank tersebut untuk mencatat rekod baru bagi laba suku pertama berbanding tahun lalu bagi margin faedah bersih yang lebih tinggi, rentak perniagaan yang berterusan dan mutu aset yang berdaya tahan.
Pemiutang terbesar Asia Tenggara dari segi aset bagaimanapun menyatakan bahawa margin faedah bersihnya mungkin mencapai kemuncaknya pada suku pertama dan akan merosot secara beransur-ansur.
Ia juga menyatakan bahawa tempahan pinjaman perumahan mungkin terjejas ekoran langkah terkini pemerintah untuk meredakan harga pasaran hartanah.
"Kami mencatat prestasi rekod dan meraih manfaat hasil
aliran masuk deposit selamat sepanjang suku tahun meskipun adanya turun naik pasaran yang kian bertambah," kata Ketua Pegawai Eksekutif DBS Piyush Gupta dalam satu kenyataan.
Beliau menambah bahawa keupayaan bank itu untuk mengekalkan rentak perniagaan dan keyakinan pelanggan didorong oleh "kedudukan modal yang kukuh, pengurusan risiko yang hemat, rangkaian perniagaan yang pelbagai dan pelaksanaan yang pantas, disokong oleh transformasi digital yang berterusan".
"Kekuatan francais kami yang pelbagai akan membolehkan kami terus menyokong pelanggan dan memberikan pulangan pemegang saham," kata Encik Gupta.
Keuntungan bersih bagi Januari hingga Mac meningkat kepada S$2.57 bilion daripada S$1.8 bilion setahun lalu, mengatasi anggaran purata S$2.44 bilion daripada lima penganalisis yang ditinjau Refinitiv.
Pulangan ekuiti (ROE) meningkat kepada paras tertinggi sebanyak 18.6 peratus pada suku pertama berbanding 13.1 peratus bagi suku yang sama tahun sebelumnya, menurut penyata kewangannya.
DBS mencatat margin faedah bersih secara keseluruhan - pengukur utama keuntungan - sebanyak 2.12 peratus bagi suku pertama, naik dari 1.46 peratus dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.
DBS menjangkakan margin faedah bersih bagi seluruh tahun dari 2.05 peratus hingga 2.10 peratus.
Bank-bank Singapura meraih manfaat daripada aliran masuk deposit yang kukuh di tengah-tengah ketidaktentuan global berikutan status mereka sebagai tempat perlindungan kewangan yang selamat.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.