Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba HSBC pada 2019 merosot 33%, tidak tepati ramalan

HSBC Holdings PLC pada Selasa mendedahkan keuntungan tahunannya merosot 33 peratus, disebabkan oleh penurunan nilai aset sebanyak AS$7.3 bilion berkaitan dengan perbankan pelaburan dan perniagaan perbankan komersil di Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Laba HSBC pada 2019 merosot 33%, tidak tepati ramalan

Gambar fail logo HSBC di sebuah bangunan di London (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Feb 2020 01:57PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 01:58PM

HONG KONG/LONDON: HSBC Holdings PLC pada Selasa mendedahkan keuntungan tahunannya merosot 33 peratus, disebabkan oleh penurunan nilai aset sebanyak AS$7.3 bilion berkaitan dengan perbankan pelaburan dan perniagaan perbankan komersil di Eropah.

Bank terbesar Eropah berdasarkan aset itu yang meraih kebanyakan hasilnya di Asia, melaporkan keuntungan sebelum cukai bernilai AS$13.35 bilion (S$18.56 bilion) bagi 2019 berbanding AS$19.89 bilion (S$27.66 bilion) setahun sebelumnya.

Keputusan itu, diumumkan bersama satu kemas kini strategi oleh Ketua Eksekutif Sementara Noel Quinn, adalah lebih rendah berbanding purata anggaran pembrokeran bernilai AS$20.03 bilion (S$27.85 bilion) yang dikumpulkan pihak bank.

HSBC terdapat di lebih 50 negara merentas Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan Asia.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan