Laba DBS pada suku keempat naik 8%, disokong kenaikan margin faedah bersih
DBS Group Holdings, bank terbesar Singapura melaporkan kenaikan untung suku tahunan sebanyak lapan peratus sejajar dengan jangkaan pasaran, didorong oleh peningkatkan margin faedah bersih yang kukuh.

Logo DBS di sebuah bangunan. (Gambar fail: Reuters)
SINGAPURA: DBS Group Holdings, bank terbesar Singapura melaporkan kenaikan untung suku tahunan sebanyak lapan peratus sejajar dengan jangkaan pasaran, didorong oleh peningkatkan margin faedah bersih yang kukuh.
Pendapatan pada suku keempat meningkat kepada $1.32 bilion berbanding S$1.22 bilion setahun sebelumnya.
Keuntungan bersih bagi 2018 meningkat 28 peratus kepada S$5.63 bilion manakala pendapatan keseluruhan naik 6 peratus kepada S$3.25 bilion sedang pertumbuhan pinjaman dan margin faedah bersih pada suku keempat diimbangi oleh kemerosotan hasil Pasaran Kewangan.
Pulangan atas ekuiti meningkat lebih dua peratusan mata kepada 12.1 peratus, yang tertinggi dalam sedekad, menurut DBS.
Bank-bank Singapura meraih manfaat daripada pertumbuhan pinjaman kukuh sejak beberapa tahun lalu tetapi bersedia menghadapi masa lebih sukar sedang ekonomi-ekonomi di rantau itu mengalami tekanan, sebahagiannya disebabkan oleh perang perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.