Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba bersih UOB naik 27% pada suku kedua tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: United Overseas Bank (UOB) dari Singapura pada Khamis (27 Jul) melaporkan kenaikan sebanyak 27 peratus dari segi laba bersih pada suku kedua sejak setahun lalu, iaitu selaras dengan jangkaan yang sebahagian besarnya adalah pada pendapatan faedah bersih yang lebih kukuh.

UOB, bank ketiga terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, menyatakan laba bersih pada April hingga Jun meningkat kepada S$1.42 bilion, berbanding S$1.11 bilion tahun lalu.

Ini dibandingkan dengan anggaran purata sebanyak S$1.43 bilion daripada tiga penganalisis yang diundi Refinitiv.

Hasil yang lebih baik itu juga dipacu pendapatan bukan faedah lain yang lebih baik daripada pendapatan perbendaharaan lebih tinggi berkaitan pelanggan dan prestasi daripada kegiatan dagangan dan pengurusan kecairan, menurut satu kenyataan.

"Meskipun ramalan global masih tidak menentu, kami menjangkakan rantau ASEAN untuk terus berdaya tahan," menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB Wee Ee Cheong dalam kenyataannya.

"Pertumbuhannya akan disokong oleh sekitaran kadar faedah yang lebih sederhana di rantau ini dan permintaan meningkat dari segi pelancongan dan khidmat," jelasnya.

Bank-bank Singapura sudahpun meraih manfaat daripada aliran kukuh kekayaan di tengah-tengah ketidaktentuan global disebabkan status negara ini sebagai bandar selamat bagi kewangan.

DBS Group dan Oversea-Chinese Banking Corp dijangka mengumumkan hasil sukunya minggu depan.

Tahun lalu, UOB membeli perniagaan pengguna Citigroup dalam empat pasaran Asia Tenggara sekitar S$5 bilion, sekali gus menandakan perjanjiannya yang terbesar dalam masa 20 tahun. Apabila siap kelak, langkah itu akan menggandakan kumpulan pelanggan runcitnya dalam tiga pasaran ini.

UOB mengisytiharkan dividen sementara sebanyak 85 sen Singapura bagi setiap saham.

Ia melaporkan jurang faedah bersih sebanyak 2.13 peratus pada separuh pertama tahun ini, lebih tinggi daripada 1.63 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan