Laba bersih setengah tahun Singtel merosot 42%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Telecommunications (Singtel) melaporkan kemerosotan sebanyak 42 peratus dalam keuntungan bersih setengah tahunnya pada Rabu (13 Nov).
Ia sebahagiannya terjejas daripada S$1.2 bilion melalui penjualan sahamnya dalam Telkomsel pada tempoh yang sama tahun lalu.
Tahun lalu, Telkomsel, syarikat bersekutu Singtel di Indonesia, bersetuju untuk bergabung dengan IndiHome, penyedia jalur lebar tetap di syarikat induknya dalam usaha untuk meluaskan kehadirannya dalam pasaran jalur lebar tetap di Indonesia.
Unit Australia milik Singtel, Optus, pula yang sekarang ini terlibat dalam tindakan undang-undang dengan pengawal selia persaingan negara itu, melaporkan hasil operasi sebanyak A$4.02 bilion (S$3.5 bilion) sepanjang enam bulan tersebut, sejajar dengan A$4.02 bilion yang dilaporkan tahun lalu.
"Optus dan NCS (anak syarikat Kumpulan Singtel) telah mendorong momentum positif, menekankan tumpuan kami pada pelaksanaan dan ketelitian operasi," menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu, Yuen Kuan Moon.
Syarikat telekomunikasi terbesar di Asia Tenggara itu melaporkan laba bersih sebanyak S$1.23 bilion untuk enam bulan yang berakhir pada 30 September, berbanding S$2.14 bilion tahun lalu dan terlepas anggaran Visible Alpha yang menjangkakan S$1.37 bilion.
Syarikat tersebut menumumkan dividen sementara sebanyak 7 sen Singapura bagi setiap saham, iaitu lebih tinggi berbanding 5.2 sen Singapura setiap saham yang diisytiharkan tahun lalu.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.