Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Laba bersih MAS merosot 45% ekoran pulangan pelaburan lebih rendah

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan pada Khamis (16 Jul) bahawa keuntungan bersih pada tahun kewangan lalu menjunam 44.8 peratus, setelah pulangan pelaburan terjejas oleh kemerosotan mendadak dalam pasaran global.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2020 04:00PM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 09:52PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan pada Khamis (16 Jul) bahawa keuntungan bersih pada tahun kewangan lalu menjunam 44.8 peratus, setelah pulangan pelaburan terjejas oleh kemerosotan mendadak dalam pasaran global.

Keuntungan bersih untuk tahun berakhir 31 Mac mencatat S$10.6 bilion, berbanding S$19.2 bilion pada tahun sebelumnya, menurut laporan tahunannya bagi tahun kewangan 2019/20.

Perangkaan itu, setelah mengambil kira sumbangan S$2.2 bilion kepada dana gabungan Pemerintah, terutamanya didorong oleh kesan pertukaran mata wang yang positif.

Perbelanjaan meningkat 10.5 peratus kepada S$4.4 bilion, disebabkan oleh perbelanjaan faedah lebih tinggi pada tahun tersebut.

MAS menyatakan ia memperoleh keuntungan keseluruhan sebanyak S$16.3 bilion dari rizab asing rasmi pada tahun itu.

Pulangan pelaburan menyumbang S$2.1 bilion, menjunam hampir 92 peratus daripada S$25.2 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, setelah pasaran global menjunam pada suku terakhir tahun itu, tambah bank pusat itu.

Keuntungan pertukaran asing membentuk baki pulangan pada nilai S$14.2 bilion, terutamanya disebabkan oleh dolar Singapura yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat, euro dan yen Jepun. Ini berbanding S$1 bilion yang dilaporkan tahun lalu apabila nilai dolar Singapura meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pada hujung bulan Mac, MAS memegang simpanan asing sebanyak S$397.5 bilion pada pernyataan kewangannya.

Separuh daripada keuntungan bersih untuk tahun kewangan 2019/20 - S$5.3 bilion - akan dikembalikan kepada Pemerintah, kata pengarah urusan MAS, Ravi Menon pada sidang media online bagi laporan tahunan bank pusat itu.

Selebihnya akan ditambah ke dalam simpanan MAS.

Dalam laporan tahunannya, bank pusat juga mencatat pemindahan S$45 bilion dari rizab asing rasmi kepada Pemerintah pada Mei 2019 untuk "tujuan pelaburan jangka panjang".

Ia menyatakan bahawa simpanan rizab asingnya telah "tumbuh dengan stabil selama beberapa tahun" dan "jumlahnya adalah lebihan dari apa yang dianggap perlu" untuk menjalankan dasar kewangan yang berpusat pada kadar pertukarannya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa