Skip to main content

Kewangan

Laba bersih DBS, OCBC & UOB merosot 10%

Anggaran Waktu Membaca:
Laba bersih DBS, OCBC & UOB merosot 10%

Gambar fail mesin-mesin ATM di Orchard Road (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 Apr 2022 08:42PM

SINGAPURA: Tiga bank besar Singapura melaporkan keuntungan bersih yang merosot buat suku pertama tahun ini.

Pasaran yang tidak menentu dan ketegangan geopolitik menjejas pendapatan bank.

Laba bersih DBS, OCBC dan UOB merosot 10 peratus berbanding setahun lalu.

Ia sebahagian besarnya disebabkan pendapatan dalam perbankan pelaburan yang merosot.

Namun pendapatan faedah ketiga-tiga bank itu bertambah kerana lebih banyak pinjaman dibuat oleh syarikat-syarikat dalam keadaan ekonomi yang beransur pulih.

Ketiga-tiga bank itu tetap berasa optimistik dalam ramalan masing-masing.

Jangkaan kadar faedah akan meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang beralih dari pandemik, dijangka memacu pendapatan dan keuntungan.

Namun bank-bank berdepan dengan risiko inflasi meningkat, gangguan rantaian bekalan dan ketegangan geopolitik berterusan.

Sumber : Agensi berita/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita