Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kumpulan terakhir pelanggan Thomas Cook akan pulang ke tanah air Britain

Kumpulan terakhir pelancong yang terkandas di luar negara, setelah syarikat pelancongan Thomas Cook jatuh muflis bulan lalu, akan pulang ke Britain menerusi penerbangan pada Ahad (6 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan terakhir pelanggan Thomas Cook akan pulang ke tanah air Britain

(Gambar: Wolfgang Rattay/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Oct 2019 09:58PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 10:02PM

LONDON: Kumpulan terakhir pelancong yang terkandas di luar negara, setelah syarikat pelancongan Thomas Cook jatuh muflis bulan lalu, akan pulang ke Britain menerusi penerbangan pada Ahad (6 Okt). Ini sekali gus mengakhiri penghantaran pulang terbesar waktu aman bagi negara tersebut.

Penguasa Penerbangan Awam (CAA) United Kingdom melancarkan operasi 'Matterhorn' pada 23 September lalu untuk membawa pulang 150,000 orang, beberapa jam setelah syarikat pelancongan tertua di dunia tersebut gagal untuk menjamin perjanjian pemiutang yang diperlukan bagi meneruskan operasi perkhidmatannya.

CAA menyatakan 4,800 orang dijadualkan pulang menaiki 24 penerbangan pada Ahad dengan penerbangan terakhir operasi berkenaan - penerbangan dari Orlando, Florida, ke Manchester - bakal mendarat pada pagi Isnin (7 Okt).

Ketua Eksekutif CAA Richard Moriarty berkata: "Pada 13 hari pertama, kami sudahpun membuat pengaturan buat sekitar 140,000 penumpang untuk pulang ke UK dan kami gembira 94 peratus pelancong selamat kembali ke tanah air pada hari pelepasan asal mereka."

Menteri Pengangkutan Britain Grant Shapps menyatakan kerajaan akan cuba untuk menanggung sebahagian daripada kos penghantaran pulang, baik dari pihak ketiga seperti penanggung insurans mahupun dari aset syarikat yang gagal. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan