Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Krisis ekonomi AS sebab ringgit lemah, kata Menteri Ekonomi M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Krisis ekonomi AS sebab ringgit lemah, kata Menteri Ekonomi M'sia

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

PUTRAJAYA: Mata wang ringgit dari Disember 2022 hingga awal Februari 2023 mencatatkan pergerakan kukuh dan selamat namun faktor luaran yang menyebabkan ia kembali susut, kata Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli.

Beliau berkata penyusutan nilai ringgit sejak Februari 2023 adalah rentetan daripada pelbagai krisis yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan keadaan itu berada di luar kawalan kerajaan.

Sejak awal 2023, AS menghadapi isu antaranya keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan kini persetujuan yang belum dicapai berhubung had paras hutang negara, katanya.

“(Ringgit yang kukuh) sebahagiannya kerana ada kestabilan politik, (ada) prestasi ekonomi yang baik sehingga mencapai RM4.20 untuk AS$1, tetapi bermula Februari lepas ia mula naik (nilai ringgit susut) (AS$1=RM4.60) kerana rentetan daripada krisis di AS yang berada di luar kawalan kita,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mesyuarat Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Bilangan 3/2023 di Putrajaya pada Rabu (31 Mei). 

Ringgit diniagakan lemah berbanding dolar AS semasa sesi awal dagangan pada Rabu ekoran kekurangan petunjuk mengenai penyelesaian kepada kebuntuan had hutang AS.

Pemerintah AS dilaporkan sedang berusaha menyelesaikan isu siling hutangnya secepat mungkin, manakala Presiden AS Joe Biden juga memberi kenyataan bahawa pentadbirannya akan cuba menyelesaikan isu tersebut sebelum 6 Jun ini.

Encik Rafizi berkata sekiranya had siling hutang pemerintah AS dan belanjawan negara itu tidak dipersetujui, akan terdapat risiko yang pemerintah AS tidak boleh membayar hutang mereka dan sekali gus akan menyumbang kepada ketidaktentuan kadar mata wang tempatan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan