Khidmat perbankan online UOB kembali pulih susuli gangguan 2 jam
Bank UOB menyatakan khidmat perbankan internetnya serta aplikasi di telefon bijak UOB Mighty sudah dapat dipulihkan sekitar pukul dua petang tadi (4 Jul) setelah terganggu sejak pagi tadi.
SINGAPURA: Bank UOB menyatakan khidmat perbankan internetnya serta aplikasi di telefon bijak UOB Mighty sudah dapat dipulihkan sekitar pukul dua petang tadi (4 Jul) setelah terganggu sejak pagi tadi.
Dalam satu kenyataan kepada Mediacorp, bank tersebut mahu meyakinkan para pelanggan bahawa sistem perbankannya kekal selamat.
UOB turut menyangkal dakwaan di wadah online bahawa khidmat ATM bank tersebut juga terjejas.
Ia meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang dialami para pelanggannya pada pagi tadi.
Mediacorp difahamkan gangguan tersebut disebabkan masalah teknikal yang kemudian dapat dipulihkan dalam masa dua jam.
Belum dapat dipastikan bilangan pelanggan yang terjejas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.