Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan tahunan StanChart naik 46%, kurang daripada unjuran

Standard Chartered pada Khamis (27 Feb) mengumumkan keuntungan tahunan meningkat 45.5 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan tahunan StanChart naik 46%, kurang daripada unjuran

Gambar fail logo Standard Chartered di Hong Kong. (Gambar: REUTERS/Bobby Yip)

Diterbitkan : 27 Feb 2020 01:39PM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 01:42PM

HONG KONG/LONDON: Standard Chartered pada Khamis (27 Feb) mengumumkan keuntungan tahunan meningkat 45.5 peratus.

Ini meskipun di tengah-tengah kemelut ekonomi akibat ketegangan perdagangan global dan bantahan politik di Hong Kong dengan pertumbuhan hasil dicatatkan dalam pasaran-pasaran utamanya.

Bank tersebut, yang memperolehi sebahagian besar hasilnya di Asia, mendedahkan keuntungan sebelum cukai berjumlah AS$3.71 bilion (S$5.18 bilion), naik dari AS$2.55 bilion (S$3.56 bilion) pada 2018 dan lebih rendah sedikit berbanding ramalan purata para penganalisis yang dikumpulkan oleh bank-bank sebanyak AS$3.94 bilion (S$5.5 bilion).

Bank itu menyatakan ia akan mangambil masa lebih lama untuk mencapai sasaran 10 peratus daripada ekuiti ternilai, yang sebelum ini disasarkan untuk 2021.

Ini selepas memaklumkan pada Oktober bahawa matlamat itu menjadi lebih sukar di tengah-tengah keadaan ekonomi global yang semakin lemah.

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan