Skip to main content

Kewangan

Keuntungan suku ketiga Bursa S'pura cecah paras tertinggi dalam 13 tahun

 Bursa Singapura melaporkan lonjakan 38 peratus dalam keuntungan bersih suku tahunannya untuk mencecah paras tertinggi dalam 13 tahun. Ini berlaku sedang jumlah perdagangan ekuiti dan derivatif melonjak akibat ketidaktentuan pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan suku ketiga Bursa S'pura cecah paras tertinggi dalam 13 tahun

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 Apr 2020 10:53AM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 10:59AM

SINGAPURA: Bursa Singapura melaporkan lonjakan 38 peratus dalam keuntungan bersih suku tahunannya untuk mencecah paras tertinggi dalam 13 tahun. Ini berlaku sedang jumlah perdagangan ekuiti dan derivatif melonjak akibat ketidaktentuan pasaran.

"Dengan kesan ekonomi dan kewangan daripada COVID-19 serta proses pemulihan yang tidak pasti, tahap ketidaktentuan tinggi ini dijangka berlanjutan," menurut CEO Loh Boon Chye dalam satu kenyataan pada Jumaat (24 Apr).

Keuntungan SGX naik kepada S$137.5 juta pada Januari hingga Mac berbanding setahun sebelumya, manakala hasil keseluruhan melonjak 29 peratus kepada S$295.8 juta - satu paras rekod - menurut data Refinitiv.

Bursa-bursa di seluruh dunia telah meraih manfaat daripada kenaikan mendadak dalam jumlah perdagangan sewaktu keadaan pasaran tidak menentu sedang pandemik virus korona mencetuskan kebimbangan para pelabur.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita