Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan Keppel lonjak 44% bagi divisyen hartanah, prasarana

Keppel Corp meraih keuntungan sebanyak 44 peratus pada suku kedua, dipacu oleh pendapatan lebih kukuh bagi divisyen hartanah dan prasarananya.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan Keppel lonjak 44% bagi divisyen hartanah, prasarana

(Gambar: Edgar Su/ Reuters)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 06:31PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 06:34PM

SINGAPURA: Keppel Corp meraih keuntungan sebanyak 44 peratus pada suku kedua, dipacu oleh pendapatan lebih kukuh bagi divisyen hartanah dan prasarananya.

Keuntungan tersebut mengimbangi kerugian yang dialami oleh segmen lain, termasuk luar pesisir dan marin.

Keppel, yang perniagaannya merangkumi pelbagai segmen, dari pembinaan pelantar dan pembangunan hartanah, mencatat keuntungan bersih sebanyak S$246 juta pada suku yang berakhir pada bulan Jun.

Ini berbanding S$171 juta pada tahun lalu.

Pendapatan keseluruhan bagi suku yang sama adalah S$1.52 bilion, susut sedikit berbanding S$1.55 bilion pada tahun lalu.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan