Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan DBS jangkaui ramalan; raih peningkatan 15%

DBS Group Holdings, pemiutang terbesar Asia Tenggara, melaporkan peningkatan 15 peratus pada keuntungan suku tahunannya pada Isnin (11 Nov), dipacu yuran pengurusan harta yang lebih tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan DBS jangkaui ramalan; raih peningkatan 15%

Logo bank DBS di salah sebuah cawangannya di Singapura. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 11 Nov 2019 10:16AM Dikemas Kini : 11 Nov 2019 10:17AM

SINGAPURA: DBS Group Holdings, pemiutang terbesar Asia Tenggara, melaporkan peningkatan 15 peratus pada keuntungan suku tahunannya pada Isnin (11 Nov), dipacu yuran pengurusan harta yang lebih tinggi.

Laba bank Singapura itu mencecah S$1.63 bilion bagi tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 Sep, berbanding S$1.41 bilion pada tempoh yang sama setahun lalu. Ini jauh lebih tinggi daripada anggaran purata S$1.57 bilion yang diramalkan oleh lima penganalisis, menurut perangkaan Refinitiv.

Pendapatan faedah bersih naik 8 peratus kepada S$2.46 bilion pada suku ketiga tahun ini, manakala margin faedah bersih mencecah 1.9 peratus. Syarikat itu menjangkakan margin tersebut akan merosot sekitar 7 mata pada 2020.

Bank-bank di Singapura berdepan dengan landskap yang mencabar, sedang kadar faedah melemah dan pinjaman semakin hambar setelah menikmati pertumbuhan kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Minggu lalu, Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) melaporkan keuntungan suku tahunan paling lemah bagi tahun ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa