Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keuntungan bersih Changi Airport Group jatuh 36% ekoran COVID-19

Changi Airport Group (CAG) menyatakan gaji semua kakitangan dan pihak pengurusannya dipotong sehingga 30 peratus sejak Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Keuntungan bersih Changi Airport Group jatuh 36% ekoran COVID-19

Menara kawalan Lapangan Terbang Changi di hadapan Jewel Lapangan Terbang Changi, (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 02 Oct 2020 11:20PM Dikemas Kini : 02 Oct 2020 11:21PM

SINGAPURA: Changi Airport Group (CAG) menyatakan gaji semua kakitangan dan pihak pengurusannya dipotong sehingga 30 peratus sejak Julai.

Ia sebahagian daripada langkah penjimatan kos menyusuli kelembapan dalam permintaan perjalanan udara sejak Februari, yang menyebabkan keuntungan bersih kumpulan syarikat itu jatuh 36 peratus kepada S$435 juta bagi tahun kewangan berakhir pada Mac.

Dalam laporan kewangan tahunannya, CAG menyatakan pihaknya masih belum jelas bagaimana pandemik COVID-19 akan menjejas prestasi kewangan dan operasinya dalam jangka lebih panjang.

Sementara itu, pendapatan keseluruhan CAG tumbuh tiga peratus kepada S$3.12 bilion berbanding setahun lalu, dirangsang oleh pembukaan Jewel Lapangan Terbang Changi pada April 2019.

Secara keseluruhan, tahun kewangan ini mencatat hanya 62.9 juta pergerakan penumpang, kemerosotoan 5.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

CAG menyatakan perusahaan penerbangan kekal cerah bagi jangka panjang, dengan kebangkitan semula permintaan untuk khidmat penerbangan baik untuk tujuan percutian mahupun perniagaan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan