Ketua IMF beri amaran sepertiga ekonomi dunia akan alami kemelesetan pada 2023
BBC: Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva memberi amaran, sepertiga ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan pada tahun ini.
Menurut Cik Georgieva, 2023 akan "lebih mencabar" berbanding tahun lalu, memandangkan ketiga-tiga ekonomi utama dunia - Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah - semakin lemah tahun ini.
Pada Oktober lalu, IMF menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia bagi 2023.
"Kami menjangkakan sepertiga ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan," kata Cik Georgieva dalam program berita CBS, Face the Nation.
"Malah bagi negara-negara yang tidak mengalami kemelesetan, ratusan juta penduduknya akan merasa seolah-olah berada dalam kemelesetan ekonomi," tambahnya.
"Walaupun garis dasar kami mengelak kemelesetan ekonomi di peringkat pada tahun akan datang, kemungkinan ia akan berlaku agak tinggi. Namun, Eropah, bagaimanapun, tidak akan terlepas daripada kemelesetan dan AS sudahpun berada di ambang kemelesetan," kata ahli ekonomi di Moody's Analytics di Sydney, Katrina Ell kepada BBC.
IMF mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 2023 pada Oktober, disebabkan perang di Ukraine serta kadar faedah yang lebih tinggi apabila bank pusat di seluruh dunia cuba mengekang kenaikan harga.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.