Skip to main content

Kewangan

Ketegangan di Timur Tengah terus meningkat, syarikat penerbangan gantung operasi

Anggaran Waktu Membaca:
Ketegangan di Timur Tengah terus meningkat, syarikat penerbangan gantung operasi

(Gambar: Amanda MOUAWAD / AFP)

Diterbitkan : 23 Oct 2024 10:55PM Dikemas Kini : 23 Oct 2024 11:10PM
Berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah, syarikat penerbangan menangguhkan perjalanan ke rantau itu atau mengelak ruang udara di zon terjejas.

Berikut beberapa syarikat penerbangan yang membatalkan perkhidmatan ulang alik ke Timur Tengah:


SINGAPORE AIRLINES

Syarikat penerbangan Singapura menghentikan penerbangan di atas ruang udara Iran dan menggunakan laluan alternatif.

AEGEAN AIRLINES

Syarikat penerbangan Greece membatalkan penerbangan ke dan dari Beirut sehingga 6 November, dan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga 5 November.

AIR ALGERIE

Syarikat penerbangan Algeria menggantung penerbangan ke dan dari Lubnan sehingga diberitahu kelak.

AIRBALTIC

AIRBALTIC Latvia membatalkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga 30 November.

AIR FRANCE-KLM

Air France melanjutkan langkah menggantung penerbangan Paris-Tel Aviv sehingga 29 Oktober dan Paris-Beirut sehingga 30 November.

KLM melanjutkan penggantungan penerbangan ke Tel Aviv sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun ini.

Unit tambang jimat kumpulan Perancis-Belanda Transavia pula membatalkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv, Amman dan Beirut sehingga akhir Mac.

AIR INDIA

Syarikat penerbangan India menangguhkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga diberitahu kelak.

BULGARIA AIR

Syarikat penerbangan Bulgaria membatalkan penerbangan ke dan dari Israel sehingga 31 Oktober.

CATHAY PACIFIC

Cathay Pacific yang berpangkalan di Hong Kong membatalkan penerbangan ke Tel Aviv sehingga 25 Oktober 2025.

DELTA AIR LINES

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat ini menggantung penerbangan antara New York dan Tel Aviv hingga Mac 2025.

EASYJET

Syarikat penerbangan tambang jimat United Kingdom ini menggantung penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga Mac.

EGYPTAIR

September lalu, syarikat penerbangan Mesirini menyatakan ia telah menggantung penerbangan ke Beirut sehingga "keadaan stabil".

EMIRATES

Syarikat penerbangan milik kerajaan UAE membatalkan penerbangan ke Beirut hingga 31 Oktober dan penerbangan ke Baghdad dan Tehran sehingga 30 Oktober.

ETHIOPIAN AIRLINES

Syarikat penerbangan Habsyah itu menggantung penerbangan ke Beirut sehingga diberitahu kelak, katanya dalam catatan Facebook pada 4 Oktober.

FLYDUBAI

Syarikat penerbangan Amiriah Arab Bersatu (UAE) ini menggantung penerbangan antara Dubai dan Beirut sehingga 31 Oktober, kata jurucakap flydubai.

IAG

British Airways milik IAG membatalkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv hingga 26 Oktober.

Syarikat penerbangan tambang rendah IAG, Iberia Express membatalkan penerbangan ke Tel Aviv sehingga 31 Oktober, manakala Vueling membatalkan operasi ke Tel Aviv sehingga 12 Januari dan ke Amman sehingga diberitahu kelak.

IRAN AIR

Syarikat penerbangan Iran membatalkan penerbangan ke Beirut sehingga diberitahu kelak.

IRAQ AIRWAYS

Syarikat penerbangan Iraq menggantung penerbangan ke Beirut sehingga diberitahu kelak.

ITA AIRWAYS

Syarikat penerbangan Itali melanjutkan langkah menggantung penerbangan ke dan dari Tel Aviv hingga 30 November.

LOT

Syarikat penerbangan Poland membatalkan penerbangan ke Tel Aviv sehingga 26 Oktober. Penerbangan berjadual pertamanya ke Beirut dirancang pada 1 April.

LUFTHANSA GROUP

Kumpulan syarikat penerbangan Jerman melanjutkan penggantungan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga 10 November, manakala syarikat penerbangan tambang jimatnya Eurowings menggantung penerbangan sehingga 30 November. Penerbangan ke Tehran dibatalkan sehingga 31 Januari 2025, dan ke Beirut hingga 28 Februari.

SunExpress, usaha sama antara Lufthansa dan Turkish Airlines, menggantung penerbangan ke Beirut hingga 17 Disember.

PEGASUS

Syarikat penerbangan Turki membatalkan penerbangan ke Beirut sehingga 28 Oktober.

QATAR AIRWAYS

Syarikat penerbangan Qatar telah menangguhkan sementara penerbangan ke dan dari Iraq, Iran dan Lubnan, manakala penerbangan ke Amman akan beroperasi pada waktu siang sahaja.

RYANAIR

Syarikat penerbangan tambang jimat terbesar di Eropah membatalkan penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga akhir Disember. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Michael O'Leary pada 3 Oktober berkata penggantungan itu mungkin dilanjutkan hingga akhir Mac.

SUNDAIR

Syarikat penerbangan Jerman membatalkan penerbangan ke Beirut dari Berlin hingga 8 Disember, dari Bremen hingga 26 Mac, dan dari Muenster/Osnabrueck hingga 29 Mac.

TAROM

Syarikat penerbangan Romania menggantung penerbanganke dan dari Beirut sehingga 15 November.

UNITED AIRLINES

Syarikat penerbangan berpangkalan di Chicago ini menggantung penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga diberitahu kelak.

VIRGIN ATLANTIC

Syarikat penerbangan UK ini menggantung penerbangan ke dan dari Tel Aviv sehingga akhir Mac.

WIZZ AIR

Syarikat penerbangan berpangkalan di Hungary ini menggantung penerbangan ke dan dari Tel Aviv hingga 14 Januari.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita