Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kes rasuah Brazil: Denda tidak jejas Keppel, namun tadbir urus timbulkan tanda tanya

Pemegang saham Keppel Corporation mungkin tidak menghiraukan skandal rasuah yang melibatkan pelantar minyaknya, namun ia dijangka mengambil masa lebih lama untuk memulihkan reputasi syarikat itu, selain banyak lagi yang perlu dilakukan dengan timbulnya isu berkaitan tadbir urus korporat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes rasuah Brazil: Denda tidak jejas Keppel, namun tadbir urus timbulkan tanda tanya

(Gambar: Edgar Su/ Reuters)

Diterbitkan : 07 Jan 2018 10:33AM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 02:28AM

SINGAPURA: Pemegang saham Keppel Corporation mungkin tidak menghiraukan skandal rasuah yang melibatkan pelantar minyaknya, namun ia dijangka mengambil masa lebih lama untuk memulihkan reputasi syarikat itu, selain banyak lagi yang perlu dilakukan dengan timbulnya isu berkaitan tadbir urus korporat.

Keppel Offshore & Marine (Keppel O&M) mendedahkan pada 23 Disember bahawa ia bersetuju untuk membayar AS$422 juta (S$567 juta) sebagai sebahagian daripada huraian global dengan pihak berkuasa dari tiga negara untuk menyelesaikan isu tuduhan rasuah.

Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, cabang marin dan luar pesisir Keppel Corporation itu "tahu dan dengan sengaja berkomplot" untuk membayar rasuah kepada para pegawai dan ahli politik Brazil untuk memenangi kontrak perniagaan.

Pembayaran haram, berjumlah AS$55 juta yang dibuat antara 2001 hingga 2014, membantu Keppel O&M untuk memenangi 13 kontrak dengan Petrobas dan Sete Brasil.

Rasuah itu diberikan dalam bentuk komisyen-komisyen besar kepada seorang perunding di Brazil, yang kemudian membuat bayaran kepada pihak yang mempunyai pengaruh dalam perjanjian perniagaan.

Berikutan pendedahan itu, saham Keppel teruk terjejas ketika pasaran dibuka kembali selepas cuti Krismas. Saham para konglomerat pada 26 Disember turun sebanyak 5 peratus sebelum mengurangkan kerugian hampir 2.4 peratus lebih rendah iaitu pada S$7.29.

Namun, Keppel mendapatkan semula kedudukannya selepas itu pada lewat minggu sesi dagang pertama 2018 di paras lebih tinggi. Saham Keppel ditutup kelmarin (5 Jan) pada S$7.77, berbanding S$7.47 pada 22 Disember.

Pemerhati pasaran menggambarkan ini sebagai reaksi sementara daripada pihak pelabur yang baru mendapat tahu tentang berita itu.

Pada masa akan datang, sedang perhatian pasaran tertumpu kepada hasil keseluruhan tahun Keppel lewat bulan ini, para pelabur mungkin "akan melupakan semua perkara pada 2017", kata Encik Joel Ng, penganalisis KGI Securities Singapore.

Hal yang serupa juga disuarakan oleh penganalisis dari CMC Markets, Cik Margaret Yang, yang mengatakan bahawa denda yang dikenakan juga hanya setakat "beban jangka pendek".

Walau bagaimanapun, memandangkan kegiatan rasuah tidak dapat dikesan dalam tempoh yang panjang, kejadian ini mencetuskan persoalan-persoalan serius berkaitan keberkesanan proses audit dan pentadbiran dalaman syarikat, kata Profesor Madya Lawrence Loh, pengarah di Pusat Urusan Institusi dan Pertubuhan di Sekolah Perniagaan NUS.

"Rasuah itu sendiri secara semula jadi menjadi satu kebimbangan yang kritikal. Tetapi apa yang lebih membimbangkan lagi adalah tempoh yang sangat panjang di mana kesalahan ini berterusan tanpa dikesan." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan