Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Keppel rancang perluas kapasiti pusat data, manfaatkan AI

Anggaran Waktu Membaca:
 Keppel rancang perluas kapasiti pusat data, manfaatkan AI

Keppel rancang perluas kapasiti pusat data, manfaatkan AI. (Gambar: Roslan RAHMAN / AFP)

SINGAPURA: Keppel pada Khamis (24 Okt) menyatakan pihaknya merancang untuk menggandakan dana pusat data dan mengembangkan kapasitinya.

Ini sedang firma itu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), memacu pelaburan dalam parasarana digital.

Menurut Keppel, ia merancang untuk menggandakan dana pusat datanya, dari S$9 bilion sekarang kepada S$19 bilion dalam jangka terdekat.

Ia menyasarkan untuk memperluaskan kapasiti kuasa kasar portfolio pusat datanya kepada 1.2 gigawatt (GW) dalam jangka dekat berbanding kapasiti 650 megawatt (MW) sekarang.

Penggunaan kecerdasan buatan yang meningkat dalam kalangan firma untuk menyelaraskan operasi membawa kepada pemintaan yang melonjak bagi prasarana digital yang diperlukan untuk menyokong perkembangan teknologi AI.

Rantau Asia Pasifik sudah melihat kenaikan pelaburan dalam pusat data sejak akhir-akhir ini dengan konsortium pimpinan Blackstone memperoleh kumpulan pusat data lebih besar, AirTrunk, pada harga AS$16 bilion (S$21 bilion) pada awal September.

Syarikat itu mempunyai portfolio 35 pusat data di merata hab data utama di Asia Pasifik dan Eropah. Ia juga terlibat dalam projek-projek prasarana digital seperti Sistem Kabel Biofrost, iaitu sistem kabel dasar laut yang secara langsung menghubungkan Singapura dengan pantai barat Amerika Utara.

Secara berasingan, pengurus aset global melaporkan sebahagian besar keuntungan bersih asas selama sembilan bulan yang berakhir pada 30 September berbanding tahun lalu.

Keuntungan berulangnya melonjak 14 peratus berbanding tahun lalu, disokong oleh sumbangan lebih besar daripada kedua-dua pengurusan aset dan pendapatan operasi.

Menurut Keppel, pembahagian prasarananya menyasarkan untuk menggandakan bekalan tenaga kepada 3.0 GW menjelang 2030 dan mengembangkan perniagaannya yang hambar.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan