Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kemudahan pencetakan 3D pertama di dunia bakal dibina di Terminal Pasir Panjang

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memeterai satu perjanjian hari ini (17 Okt) untuk membina kemudahan pencetakan 3D maritim di Terminal Pasir Panjang PSA, iaitu yang pertama di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2018 12:54PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 11:01PM

SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memeterai satu perjanjian hari ini (17 Okt) untuk membina kemudahan pencetakan 3D maritim di Terminal Pasir Panjang PSA, iaitu yang pertama di dunia.

Kemudahan tersebut bakal menggunakan pembuatan bahan tambahan - atau lebih dikenali sebagai pencetakan 3D - untuk menghasilkan produk-produk yang sering digunakan bagi peralatan pelabuhan.

Perjanjian itu melibatkan kerjasama antara PSA, Kelompok Inovasi Pengilangan Bahan Tambahan Nasional (NAMIC) dengan syarikat pencetakan-besi tempatan, 3D Metalforge.

Berucap di Sidang Puncak Pembuatan Bahan Tambahan Nasional ke-6, Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Kesihatan Dr Lam Pin Min menyifatkan kerjasama itu sebagai contoh bagaimana Pemerintah boleh memainkan peranan memperkukuhan kerjasama antara sektor awam dengan privet dalam pelbagai industri.

"Ada skop yang luas bagi sektor awam dan privet untuk bekerjasama, bergabung tenaga, sumber dan kepakaran, untuk membangunkan idea-idea dan memastikan usahanya berhasil," katanya.

Dr Lam turut menarik perhatian bahawa dengan adanya pembuatan bahan tambahan, bahagian-bahagian kapal seperti kipas (propeller) yang sebelum ini dihasilkan para pengilang di beberapa tempat tertentu, kini boleh dicetak di mana sahaja dan di saat ia diperlukan, iaitu semasa di pelabuhan mahupun ketika kapal-kapal sedang berlayar.

Memandangkan bahagian-bahagian tersebut juga boleh dicetak jika perlu, kemudahan baru itu akan membantu mengurangkan kos inventori dan penyimpanan, serta memendekkan masa yang diperlukan untuk membaiki atau menggantikan komponen-komponen mahupun peralatan.

Pada masa akan datang, PSA menyatakan ia berharap dapat melanjutkan skop khidmat-khidmat ini kepada industri maritim yang lebih luas.

Dalam pada tu, satu perjanjian juga dimeterai antara MPA, NAMIC dengan Persatuan Perkapalan Singapura untuk meneroka penggunaan bahagian-bahagian pengilangan melalui program bersama industri.

Program itu akan memastikan industri perkapalan lebih jelas tentang cabaran serta peluang-peluang menggunakan pengilangan bahan tambahan bagi peralatan marin, melalui pelibatan pelbagai pihak dari seluruh rantaian nilai (value chain). 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan