Kelemahan baharu dalam peranti Apple bolehkan gangguan perisian intip: kajian
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail logo Apple di Amerika Syarikat pada 14 Sep 2021. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)
TORONTO: Para pengkaji di sebuah badan pemerhati digital Citizen Lab pada Khamis (7 Sep) menyatakan mereka menemui perisian intip yang dikaitkan dengan firma Israel NSO, yang mengeksploitasi satu kelemahan baharu yang dikesan dalam peranti Apple.
Semasa memeriksa peranti Apple milik seorang kakitangan sebuah kumpulan masyarakat sivil yang berpangkalan di Washington minggu lalu, Citizen Lab menyatakan ia mendapati kelemahan itu dimanfaatkan untuk mengganggu peranti tersebut dengan perisian intip Pegasus NSO, menurut badan pemerhati itu dalam satu kenyataan.
"Ini menunjukkan bahawa masyarakat sivil sekali lagi menjadi sebagai sistem amaran awal mengenai serangan-serangan yang amat canggih," kata John Scott-Railton, seorang pengkaji kanan di Citizen Lab, yang berpangkalan di Munk School of Global Affairs and Public Policy, Universiti Toronto.
Citizen Lab bagaimana pun tidak memberikan perincian lanjut mengenai individu atau pertubuhan yang terjejas.
Kelemahan tersebut membolehkan gangguan perisian ke atas iPhone yang menggunakan versi terkini iOS (16.6) tanpa sebarang interaksi daripada mangsa, menurut badan pemerhati tersebut.
Apple sudah mengeluarkan kemas kini bagi perantinya setelah menyiasat kelemahan-kelemahan yang dilaporkan oleh Citizen Lab.
Seorang jurucakap Apple berkata pihaknya tiada komen untuk diberikan, sementara Citizen Lab menggesa pengguna supaya mengemas kini peranti mereka.
Seorang jurucakap NSO juga enggan mengulas mengenai kajian Citizen Lab, lapor Reuters.
Firma Israel itu sudah dimasukkan ke dalam senarai hitam oleh pemerintah Amerika Syarikat sejak 2021 atas dakwaan salah guna, termasuk pemantauan ke atas pegawai pemerintah dan wartawan.

Sumber : Reuters
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.