Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kegiatan pengilangan S'pura tumbuh 24 bulan berturut-turut pada Jun pada rentak perlahan

Kegiatan pengilangan Singapura berkembang buat 24 bulan berturut-turut pada Jun, namun pada rentak lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan S'pura tumbuh 24 bulan berturut-turut pada Jun pada rentak perlahan

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 04 Jul 2022 10:27PM Dikemas Kini : 04 Jul 2022 10:28PM
SINGAPURA: Kegiatan pengilangan Singapura berkembang buat 24 bulan berturut-turut pada Jun, namun pada rentak lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) merosot dari 50.4 kepada 50.3, menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin (4 Jul).

Bacaan PMI melepasi 50 menandakan ekonomi pengilangan secara amnya berkembang, manakala bacaan di bawah kadar tersebut menunjukkan penguncupan.

Bacaan terbaru PMI itu disebabkan oleh kadar pertumbuhan lebih pantas dalam indeks utama pesanan baru, eksport baru dan pengeluaran pengilangan.

Indeks inventori dan indek penghantaran pembekal juga tumbuh.

"Indeks pengambilan pekerja pula menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan manakala kadar pertumbuhan lebih pantas dicatat bagi indeks import dan harga bahan mentah, buruh dan pengilangan," menurut institut itu.

Indeks barang siap mencatat penguncupan lebih perlahan sementara tunggakan pesanan mencatat kadar pertumbuhan lebih pantas, tambah SIPMM.

Indeks harga bahan mentah, buruh dan pengilangan tumbuh buat 23 bulan berturut-turut, mencatat bacaan 52.7.

Naib Presiden SIPMM bagi pendampingan dan pembangunan industri, Sophia Poh berkata bacaan PMI terbaru itu menandakan prestasi kukuh bagi industri elektronik.

"Unjuran positif ini tentunya memberangsangkan, memandangkan beberapa ketidaktentuan yang perlu dihadapi ekonomi Singapura, dan sebahagian besarnya disebabkan konflik Rusia-Ukraine yang berlarutan," tambah beliau.

PMI sektor elektronik pada Jun mencatat kenaikan 0.3 mata berbanding bulan sebelumnya sekali gus mencatat kadar pertumbuhan lebih pantas pada 50.8, buat bulan ke-23 berturut-turut bagi sektor itu.

"Bacaan terbaru sektor itu disebabkan oleh kadar pertumbuhan lebih pantas dalam indeks-indeks utama pesanan baru dan eksport baru manakala indeks pengambilan pekerja pula pada mencatat pertumbuhan pada kadar lebih perlahan," menurut institut tersebut.

Indeks pengeluaran pengilangan berkembang dan kedua-dua indeks inventori dan penghantaran pembekal mencatat penguncupan lebih perlahan, tambahnya.

Kadar pertumbuhan lebih pantas juga dicatat bagi indeks import, harga bahan mentah, buruh dan pengilangan dan tunggakan pesanan, menurut SIPMM.
Sumber : CNA/NK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan