Skip to main content

Kewangan

Kegiatan pengilangan SG kuncup 4 bulan berturut-turut pada Dis 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan SG kuncup 4 bulan berturut-turut pada Dis 2022

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 04 Jan 2023 07:30AM
SINGAPURA: Kegiatan pengilangan Singapura menguncup buat empat bulan berturut-turut setakat sehingga Disember 2022.

Menurut pengamat, penguncupan lebih besar pada bulan Disember berbanding November bukanlah petanda baik bagi sektor pengilangan. Ini di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan risiko makroekonomi yang berlaturan sehingga tahun baru 2023.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Disember menyusut 0.1 mata kepada 49.7 mata, berbanding 49.8 mata pada bulan sebelumnya. Ini disebabkan kemerosotan lebih pantas dalam tempahan baru, eksport, hasil pengilangan dan inventori.

Catatan PMI melepasi 50 mata menandakan kegiatan pengilangan yang berkembang.

Sektor elektronik turut mencatat penguncupan lebih besar, iaitu 48.9 mata pada Disember, turun daripada 49.2 mata pada November.

Meskipun pelonggaran dasar COVID-19 oleh China baru-baru ini mungkin dapat mendorong kegiatan pengilangan, seorang penganalisis berkata trend penguncupan tersebut dijangka berterusan, sedang ramalan hasil pengilangan rakan-rakan perdagangan Singapura kekal merudum buat bulan-bulan akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Penyelidikan dan Strategi Perbendaharaan Bank OCBC Selena Ling berkata, masih belum jelas sama ada kegiatan pengilangan Singapura sudah mencapai paras terendah, dan bila sektor teknologi akan kembali pulih.

"Jika anda memerhatikan pengeluaran cip oleh Korea Selatan pada November, ia merosot 15 peratus berbanding setahun lalu, iaitu penguncupan terbesar dalam sejak sekian lama.

"Lantaran itu, ia membayangkan tempoh pelemahan yang berpanjangan dalam kedua-dua sektor elektronik dan pengilangan, sekurang-kurangnya dalam sektor pertama tahun ini," kata Cik Ling.
Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita