Kegiatan pengilangan S'pura rancak sedikit pada Julai setelah menguncup 5 bulan berturut-turut
Kegiatan pengilangan Singapura meningkat sedikit pada Julai setelah menguncup selama lima bulan.
Para pekerja di sebuah kilang di Singapura. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Kegiatan pengilangan Singapura meningkat sedikit pada Julai setelah menguncup selama lima bulan.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Julai adalah 50.2, iaitu naik 2.2 mata berbanding bulan sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin (3 Ogos).
Bacaan bulan Julai itu diperolehi hasil pembaikan dalam indeks tempahan baru, peningkatan kali pertama dalam indeks eksport dan hasil pengilangan baru, serta rentak pengembangan lebih pantas bagi indeks inventori, menurut SIPMM.
Namun, indeks bagi kedua-dua pekerjaan dan penghantaran pembekal menguncup pada rentak lebih pantas. Indeks pekerjaan keseluruhannya bagi sektor pengilangan juga mencatat penguncupan selama enam bulan berturut-turut.
PMI bagi sektor elektronik meningkat 1.6 mata dari bulan sebelumnya untuk mencatat penguncupan lebih perlahan sebanyak 49.2 - penguncupan bulan keenam bagi sektor itu, menurut SIPMM.
Bacaan lebih baik bagi sektor elektronik pada Julai dikaitkan dengan "penguncupan lebih perlahan dalam indeks utama bagi pesanan baru, eksport baru dan hasil pengilangan," tambahnya.
Namun, kedua-dua pekerjaan dalam sektor elektronik dan penghantaran pembekal mencatat rentak penguncupan lebih pantas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.