Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kegiatan pengilangan S'pura catat pertumbuhan 14 bulan berturut-turut pada Ogos

Kegiatan pengilangan Singapura mencatat pertumbuhan buat 14 bulan berturut-turut, meskipun pada kadar lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan pengilangan S'pura catat pertumbuhan 14 bulan berturut-turut pada Ogos

Gambar fail: TODAY

Diterbitkan : 02 Sep 2021 11:05PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 11:06PM

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan Singapura mencatat pertumbuhan buat 14 bulan berturut-turut, meskipun pada kadar lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Ogos merosot kepada 50.9 daripada 51.0, menurut data yang dikeluarkan oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Khamis (2 Sep).

Bacaan PMI melebihi 50 menandakan ekonomi perkilangan secara amnya berkembang sementara bacaan di bawah kadar itu menunjukkan penguncupan.

"Bacaan PMI terkini disebabkan oleh kadar pertumbuhan lebih perlahan dalam indeks-indeks utama pesanan baru, eksport baru, hasil pengilangan dan inventori," menurut SIPMM.

Selepas menguncup buat empat bulan berturut-turut, indeks barang siap kembali mencatat pertumbuhan manakala indeks harga input yang mencatat pertumbuhan selama 13 bulan berturut-turut, berkembang pada kadar lebih pantas.

Indeks import, penghantaran pembekal dan tunggakan pesanan mencatat kadar pertumbuhan lebih perlahan dan indeks pengambilan kerja keseluruhannya meningkat selama enam bulan, menurut SIPMM.

PMI bagi sektor elektronik juga mencatat pertumbuhan sedikit sebanyak 0.2 mata dari bulan sebelumnya untuk mencatat pertumbuhan pada kadar lebih pantas pada 51.0.

Ini merupakan bulan ke-13 berturut-turut sektor elektronik mencatat pertumbuhan.

Indeks inventori juga mencatat pertumbuhan namun pada kadar lebih perlahan manakala indeks bagi barang siap, import dan harga input meningkat pada kadar lebih pantas.

Akhir sekali, indeks bagi penghantaran pembekal dan tunggakan pesanan berkembang pada kadar lebih perlahan dengan indeks tunggakan pesanan mencatat pertumbuhan buat 14 bulan berturut-turut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan