Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kedudukan S'pura sebagai pusat kewangan disemak semula

Kedudukan Singapura sebagai pusat kewangan yang stabil dan kukuh akan dinilai. Ia akan menjalani satu penilaian di bawah Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP) Tabung Kewangan Antarabangsa antara bulan November dengan Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedudukan S'pura sebagai pusat kewangan disemak semula

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 05:41PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 05:43PM

SINGAPURA: Kedudukan Singapura sebagai pusat kewangan yang stabil dan kukuh akan dinilai. Ia akan menjalani satu penilaian di bawah Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP) Tabung Kewangan Antarabangsa antara bulan November dengan Februari.

Program it akan menilai daya tahan sektor kewangan dan mutu rangka kerja serta pemantauan Penguasa Kewangan Singapura.

Selain itu, ia akan menilai keupayaan pihak berkuasa dalam menangani krisis-krisis kewangan.

Keputusan penilaian itu akan diumumkan pada separuh kedua tahun depan. Ini merupakan kali ketiga Singapura dinilai di bawah FSAP. Penilaian terakhir dilakukan pada tahun 2013, di mana sektor kewangan negara ini didapati mematuhi piawai antarabangsa yang tinggi dan dikawal dengan baik.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan