Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kedai F&B, peruncit layak dapat bantuan tanggung kos penghantaran, beralih online

Kedai-kedai makanan dan para peruncit yang terjejas oleh sekatan Fasa 2 COVID-19 (Kewaspadaan Dipertingkat) akan menerima bantuan untuk mengimbangi kos penghantaran dan kos beralih ke wadah online dengan skim-skim pemerintah yang diperkenalkan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai F&B, peruncit layak dapat bantuan tanggung kos penghantaran, beralih online

Pusat Penjaja Ghim Moh. (Gambar: Corey Sta Maria)

Diterbitkan : 16 May 2021 07:20PM Dikemas Kini : 16 May 2021 11:48PM

SINGAPURA: Kedai-kedai makanan dan para peruncit yang terjejas oleh sekatan Fasa 2 COVID-19 (Kewaspadaan Dipertingkat) akan menerima bantuan untuk mengimbangi kos penghantaran dan kos beralih ke wadah online dengan skim-skim pemerintah yang diperkenalkan semula.

Skim subsidi penghantaran makanan dan e-dagang pertama kali diperkenalkan pada April 2020 ketika tempoh langkah pemutus rantaian jangkitan dan kemudian ditarik balik selepas sekatan dilonggarkan.

Skim berkenaan diperkenalkan semula demi membantu para peniaga mempelbagaikan wadah pendapatan dan membiayai kos untuk beralih ke wadah online, menurut Enterprise Singapore hari ini (16 Mei).

Sokongan tersebut disediakan bagi perniagaan yang baru beralih ke wadah digital selain mereka yang sudahpun memanfaatka khidmat penghantaran makanan atau e-dagang, tambah agensi itu.

PAKEJ RANGSANGAN PENGHANTARAN MAKANAN

Bermula hari ini hingga 15 Jun, Enterprise Singapore akan membiayai lima peratusan mata kos komisen yang dikenakan ketiga-tiga platform utama penghantaran makanan - Deliveroo, foodpanda dan GrabFood.

Sepanjang tempoh yang sama, agensi itu akan membiayai 20 peratus kos penghantaran makanan bagi tempahan-tempahan yang dibuat melalui rakan logistik pihak ketiga seperti Lalamove, Zeek Logistics dan Pickupp.

Untuk layak menerima Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan itu, perniagaan F&B harus menjual makanan yang disediakan di premis bagi pengambilan serta-merta. Ini termasuk perniagaan lebih kecil seperti gerai penjaja dan kafe serta perniagaan lebih besar seperti katerer makanan serta restoran.

Perniagaan F&B yang sudahpun tersenarai di ketiga-tiga wadah penghantaran makanan itu akan menikmati komisen lebih rendah secara automatik. Bagi yang lain, ia boleh menghubungi wadah-wadah tersebut untuk mendapatkan lebih banyak perincian.

SOKONGAN LAIN

Langkah-langkah sokongan lain bagi peniaga termasuk langkah-langkah yang sudahpun diperkenalkan awal sebelum ini seperti Program Pinjaman Jangka Pendek Sementara yang menawarkan wang modal kepada syarikat. Program itu dilanjutkan hingga 30 September.

Skim-skim lain seperti Geran Huraian Daya Penghasilan dan Geran Pengembangan Perusahaan - kedua-duanya bagi membantu syarikat mengurangkan kos pendigitalan dan usaha-usaha lain turut dilanjutkan hingga 31 Mac tahun depan.

Pemerintah juga akan menambah sokongan bagi perniagaan F&B di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) kepada 50 peratus, satu kenaikan berbanding bantuan 10 peratus gaji yang dibayar hingga Jun 2021.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan