Karyawan perniagaan yakin sistem perdagangan global boleh dipulihkan
Meskipun ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China mencetuskan keprihatinan mengenai kesannya terhadap ekonomi segajat, para pakar dan karyawan perniagaan dari seluruh dunia tetap optimis terhadap perdagangan global.

Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China mencetuskan keprihatinan mengenai kesannya terhadap ekonomi segajat. (Gambar: STR/AFP)
SINGAPURA: Meskipun ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China mencetuskan keprihatinan mengenai kesannya terhadap ekonomi segajat, para pakar dan karyawan perniagaan dari seluruh dunia tetap optimis terhadap perdagangan global. Demikian menurut hasil tinjauan yang diterbitkan pada Isnin (22 Okt).
Tinjauan Bloomberg yang melibatkan 2,000 karyawan dari 20 pasaran menunjukkan bahawa 74 peratus daripada mereka rasa optimis bahawa sistem perdagangan global boleh dipulihkan, meskipun hanya dalam jangka panjang.
Walaupun hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China semakin tegang, 55 peratus daripada mereka percaya bahawa perdagangan sejagat akan meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dengan kemunculan ekonomi baru, separuh karyawan global percaya bahawa model globalisasi yang mengutamakan perdagangan bebas berbilang pihak dan sempadan yang terbuka boleh menjadi sesuatu yang berkesan, meskipun mereka mengatakan model itu mesti diubah suai bagi memperuntukkan manfaatnya dengan sama rata.
Apabila diminta untuk meramalkan negara-negara yang bakal menjadi tiga kuasa ekonomi terbesar dalam tempoh 10 tahun akan datang, kebanyakan daripada mereka memilih China (86 peratus), disusuli oleh Amerika Syarikat (70 peratus) dan Jepun (36 peratus).
"Tinjauan itu digunakan sebagai kayu ukur sentimen orang awam mengenai peralihan ekonomi dunia, yang menjadi tema utama yang akan kami meninjau semasa Forum Ekonomi Baru di Singapura pada bulan depan," kata Justin B Smith, CEO Bloomberg Media Group.
"Tinjauan itu mendedahkan pelbagai perbezaan dari segi persepsi mengenai masa hadapan serta menarik perhatian mengenai pentingnya untuk menghimpunkan para pemimpin dunia dalam bidang perniagaan dan pemerintah untuk mencari huraian yang diterajui sektor privet bagi sesetengah cabaran terbesar di dunia.
PENTABIRAN GLOBAL HARUS DITANGANI
Tadbir urus global dikenal pasti sebagai cabaran paling genting yang memerlukan tindakan. Sentimen itu amat ketara dalam kalangan responden dari India, Filipina, Malaysia dan Timur Tengah, menurut hasil tinjauan tersebut.
Encik Smith berkata sektor privet tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menangani isu-isu yang timbul daripada keamanan ekonomi baru kerana pemerintah gagal mengambil tindakan. "Pada pendapat kami, syarikat-syarikat sektor privet mesti berani menangani cabaran-cabaran global utama," kata beliau.
Forum Ekonomi Baru yang bakal diadakan buat pertama kali itu akan dihoskan oleh Michael R Bloomberg di Singapura dari 6 hingga 7 November ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.