Skip to main content

Kewangan

Karyawan ICT bakal terima lebih sokongan daripada NTUC

Gerakan buruh melaksanakan satu inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh para karyawan bidang Teknologi Infokomm (ICT).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Oct 2018 08:53PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 08:56PM

SINGAPURA: Gerakan buruh melaksanakan satu inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh para karyawan bidang Teknologi Infokomm (ICT).

Dikenali sebagai Tech Talent Assembly TTAB, inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada usaha membentuk rangkaian karyawan serta bekerjasama untuk mengukuhkan kepakaran dalam bidang-bidang seperti keselamatan siber dan analisis data.

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), terdapat sekitar 180,000 karyawan ICT di negara ini dan jumlah itu akan bertambah 50,000 lagi dalam masa beberapa tahun akan datang.'

Dengan membayar yuran keanggotaan $9 sebulan, para anggota TTAB boleh menyertai pelbagai kegiatan, termasuk mendapatkan panduan mengenai kepimpinan dan latihan-latihan lain yang disediakan.

TTAB juga akan membantu para karyawan ICT menimba pengetahuan mengenai kemajuan teknologi terkini dan meningkatkan diri dengan kemahiran yang diperlukan.

Ketua gerakan buruh Ng Chee Meng berkata NTUC secara proaktif berusaha untuk meningkatkan kemahiran para karyawan ICT agar mereka mampu merebut peluang yang semakin luas dalam bidang itu. 

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita