Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kapal pesiaran World Dream berhenti operasi pada 2 Mac

Pengendali kapal pesiaran, Dream Cruises, menyatakan kapal World Dream akan berhenti beroperasi selepas ia pulang daripada pelayarannya pada Rabu (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal pesiaran World Dream berhenti operasi pada 2 Mac

Kapal Pesiaran World Dream. (Gambar: Genting Cruise Lines)

SINGAPURA: Pengendali kapal pesiaran, Dream Cruises, menyatakan kapal World Dream akan berhenti beroperasi selepas ia pulang daripada pelayarannya pada Rabu (2 Mac).

Dalam satu kenyataan hari ini (1 Mac), Genting Hong Kong, yang memiliki Dream Cruises, menyatakan ia "adalah mustahil" untuk pihaknya membuat komitmen kewangan lanjut yang diperlukan agar dapat membolehkan World Dream meneruskan operasi.

Sebelum ini pada 23 Januari, Dream Cruises menyatakan ia akan menggantung tempahan bagi tempoh awal selama dua minggu selepas syarikat induknya, Genting Hong Kong, yang dihimpit masalah, memohon untuk gulung tikar. Penggantungan itu dilanjutkan pada 4 Februari.

Para pelanggan yang sudah membuat bayaran pendahuluan untuk belayar selepas Rabu ini boleh menyerahkan tuntutan bagi pengembalian wang, menurut Genting Hong Kong.

Bagaimanapun, syarikat itu menambah ia masih sedang "menilai kesan pemberhentian operasi World Dream, khususnya keupayaannya untuk memenuhi tuntutan pengembalian wang yang berpotensi".

Pelanggan yang mahu menyerahkan tunturan mereka harus menampilkan salinan pengesahan tempahan serta rekod pembayaran dan emelkan kepada penyelesai peruntukan bersama di ProjectGenting [at] alvarezandmarsal.com untuk penilaian.

World Dream oleh Dream Cruises adalah satu di antara dua kapal yang dibenarkan untuk menawarkan pelayaran tanpa destinasi di Singapura. Satu lagi kapal ialah Quantum of the Seas oleh Royal Caribbean.

Penyelesai peruntukan bersama sudahpun mengenal pasti rancangan pemulihan berpotensi dan memudahkan penstrukturan semula kumpulan tersebut termasuk Dream Cruises sejak pelantikan mereka pada 20 Januari lalu, menurut pengendali kapal pesiaran itu.

Ia menambah pihaknya sudahpun mendapatkan "dana darurat tertentu" yang membantu World Dream untuk menyelesaikan 16 pesiaran yang sudahpun dijadualkan selepas pelantikan penyelesai peruntuk bersama itu.

Pengendali kapal pesiaran Genting Hong Kong memfailkan pembubaran syarikat Genting Hong Kong, yang merupakan sebahagian daripada Genting Group Malaysia.

Ia melaporkan kerugian bersih sebanyak AS$238 juta (S$322 juta) pada separuh pertama 2021 tatkala operasi terus terjejas oleh pandemik COVID-19. Pada 2022, ia melaporkan kerugian bersih sebanyak AS$1.7 bilion (S$2.3 bilion).

Syarikat itu memiliki Star Cruises dan Dream Cruises yang menawarkan khidmat di rantau Asia Pasifik serta kapal pesiaran mewah, Crystal Cruises, yang berpangkalan di Miami.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan